![]() |
(Pic 1) Naa Buat - Rumah ini mula dibina pada tahun 1986 |
![]() |
(Pic 2) Naa Buat suatu ketika dahulu |
![]() |
(Pic 3) Naa Buat kini |
![]() |
(Pic 4) Naa Buat kini |
Selamat pagi semua! Hari ini, saya akan berkongsi tentang Naa Buat yang terletak di Sungai Akah, Baram.
Naa Buat adalah tempat di mana hati saya tertambat sejak kecil. Di sinilah saya dan adik beradik dibesarkan dan mula mengenal kehidupan. Nama ini mungkin sangat asing bagi sesetengah orang, tetapi bagi saya, ia adalah simbol kasih sayang, sejarah, dan kenangan yang tidak akan pernah pudar.
Kehidupan di Naa Buat sangat sederhana, tetapi penuh kebahagiaan. Alamnya begitu mempesona, dengan pemandangan sawah yang luas, bukit-bukau yang menghijau, dan sungai yang mengalir tenang. Tempat ini menjadi saksi kepada segala kegembiraan zaman kanak-kanak saya—mandi di sungai, memanjat pokok buah-buahan, memancing dan mendengar cerita rakyat yang diceritakan oleh nenek dan datuk saya.
Cerita ini saya kongsikan berdasarkan kisah-kisah yang telah disampaikan oleh mendiang datuk dan oleh emak saya sendiri. 😊😊
Menurut Matai Jaa Avan Kalang Sing, Naa Buat pernah menjadi penempatan Lebo' Lung Aka pada suatu masa dahulu setelah mereka berpindah dari Long Selayau dan sebelum berpindah ke Lio Lesung. Tapak asal rumah (lepu'un) tersebut berada dekat dengan 'belak' (durian isu) di hulu pengkalan sekarang, di mana masih ada sebatang pohon belimbing yang tumbuh hingga kini. Di situ lah Matai Jaa Avan Kalang dan Matai Jaa Jaya telah membina rumah keluarga yang pertama.
Tidak lama selepas itu, mereka berpindah ke lokasi baru di hilir sebuah anak sungai yang dinamakan Long Keluan. Rumah kedua ini dikongsi bersama Matai Ve Piat Tingang. Namun, mereka tidak tinggal di sana lama dan kemudiannya berpindah lagi ke tempat lain.
No comments:
Post a Comment