Selamat membaca!
Nama tempat ini adalah Batu Patip. Tempat di mana kami selalu berkelah semasa cuti hujung tahun. Mandi sambil bbq memang sangat seronok. Lebih-lebih lagi untuk budak-budak. Memang berjam-jam lah mereka akan berendam. Adegan terjun gaya bebas tu memang wajiblah termasuk dengan mak cik dan nenek sekali ikut. 😂😂 Tempat ini terletak di hulu rumah panjang Long Sinung.
Menurut orang tua, ada peristiwa yang pernah berlaku di sini suatu masa dahulu. Nak tau apa????
Kisah ini diceritakan oleh Matai Jaa Tipong kepada anak-anaknya iaitu, Jimmy Ajang, Clement Wan dan Balu Ubong yang kemudiaannya menceritakan semula kepada kami. Jom, saya ceritakan.....
Dahulu, Lebo' Lung Aka iaitu datuk dan nenek kami sangat kaya dan memiliki harta yang banyak. Setiap tiang di ruai rumah panjang mereka penuh dengan 'tawek' yang digantung, simbol kekayaan seseorang ketika itu.
Kekayaan ini menarik perhatian Tama Lian Avit yang merancang untuk merompak mereka. Memandangkan semua lelaki dewasa di kampung telah dibunuh ketika itu (kisah di sebalik kematian semua lelaki dewasa Lebo' Lung Aka ketika itu juga turut diceritakan. Tapi, tunggu masa yang sesuai saya akan ceritakan 😊), Tama Lian Avit berjaya mengambil semua 'tawek' mereka tanpa halangan.
Namun, ketika hendak melarikan diri, dia telah karam dan sebahagian 'tawek' telah jatuh ke
dalam sungai. Kejadian ini berlaku di Batu Patip. Dia kemudiaannya, melarikan diri ke Apau Batu membawa bersama sebahagian 'tawek' yang dapat diselamatkan. Setelah diburu oleh orang-orang dari kampung lain dan akhirnya dia melarikan diri ke Lemeting.
Ada desas-desus mengatakan 'tawek' tersebut masih ada di Apau Batu yang terletak di seberang Naa Buat.
Mau buat trip untuk mencari 'tawek' yang hilang ni???
No comments:
Post a Comment