Thursday, 2 January 2025

Kenangan Yang Tidak Akan Pudar

  

Gambar kenangan Sheriel dengan Matai Jaa Avan Kalang. Dalam belukui tu, memang ada gula-gula.


Setiap kali saya mengenang kenangan bersama mendiang Jaa Avan Kalang, hati saya dipenuhi dengan rasa rindu dan syukur. Beliau bukan sahaja seorang datuk, tetapi juga inspirasi dalam kehidupan saya. Kenangan bersamanya adalah harta yang tidak ternilai, sebuah warisan kasih yang sentiasa saya simpan dalam hati.

Saya masih ingat bagaimana 'ja'a' sering membawa saya mandi di sungai. Dengan sabar, beliau bercerita tentang setiap sudut kampung, asal-usulnya, dan kisah di sebalik nama-nama tempat di situ. Ceritanya penuh dengan kebijaksanaan, membuatkan saya menghargai sejarah keluarga kami dan tempat tinggal kami, Naa Buat.

Salah satu memori paling indah adalah waktu 'ja'a' datang dari Long Akah, dia wajib bawa keropok, roti dan gula-gula untuk cucu-cucunya. Jajan tersebut disimpan rapi di dalam 'belukui'. 

Selain itu, saya juga teringat bagaimana datuk sering mengajar kami terutama adik bongsu saya dengan lagu-lagu tradisional. Kemudian, tiap malam akan buat 'tekenak'. Beliau seorang yang tegas tetapi penuh kasih sayang. Setiap nasihat yang diberikannya sentiasa penjadi panduan bagi kami.

Kehilangannya adalah satu kehilangan besar, tetapi saya bersyukur kerana sempat merasai kasih sayangnya dan belajar banyak perkara daripadanya. Beliau telah meninggalkan legasi yang bukan sahaja terpahat dalam ingatan saya, tetapi juga adik-beradik saya yang lain. Antara lagu permainan yang kami masih ingat.


Kui Angan, Angan

Kui angan, angan

Pejulut batang tegan

Batang tegan isau

Isau bit adau

Bengian mata kedau

Petujek ayau limau

Uk nai ngayau

Ngayau ulak Lejau

Ulak Lejau Laing

Pekarah Tina Seling

Tina Seling suweu

Suweu telujeu

Telujeu kasah, kasah

Medik ivan bala

Ivan bala telang

Telang tabusan

Tabusan ut, ut

Ut parai pulut

Parai pulut timai

Kelatak laun wai

Laun wai takang

Bit buk buang

Buang mare’ iko

 

Tut Bulan Litut

Tut bulan litut

Bulan litut iking

Sa’o Semeling

Semeling lutok, lutok

Alem langit tung ngang


"Kenangan bersama 'ja'a' adalah hadiah yang terus hidup dalam hati saya, mengingatkan saya tentang kasih sayang, nilai kehidupan, dan pentingnya menghargai setiap detik bersama insan tersayang."

Apakah kenangan anda bersama orang tersayang yang telah pergi? Kongsi cerita anda—kerana setiap kenangan adalah cara kita terus menghormati mereka.


No comments:

Post a Comment