Wednesday, 6 May 2026

Family River Day dengan Pelampung Unicorn Gergasi

 


Aktiviti di sungai memang lebih menyeronokkan apabila ada sesuatu yang boleh membuatkan suasana lebih santai dan ceria terutama untuk kanak-kanak dan family camping.

Pelampung unicorn gergasi ini menjadi antara perkara paling menarik ketika kami beriadah di sungai. Saiznya besar, selesa digunakan dan memang cantik untuk bergambar πŸŒΏπŸ¦„

Selain sesuai untuk aktiviti sungai, ia juga sangat menarik digunakan ketika camping, picnic atau staycation bersama keluarga.




πŸ¦„ View on Shopee

Sesuai untuk camping, picnic, river day atau sekadar bergambar aesthetic bersama family dan kawan-kawan 🌿Jangan lupa tekan butang yer...

Khemah Camping Keluarga yang Selesa untuk Aktiviti Outdoor di Hutan


Camping di kawasan hutan memberi pengalaman yang sangat berbeza. Lebih tenang, dekat dengan alam dan sesuai untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Baru-baru ini, kami menggunakan khemah ini ketika camping di Naa Buat Campsite dan saya sangat suka kerana saiznya luas, selesa dan mudah dipasang. Ia sangat sesuai untuk keluarga atau sesiapa yang ingin menikmati suasana outdoor dengan lebih selesa.

Antara perkara yang saya suka:
✔ Ruang dalam yang luas
✔ Ada awning untuk berteduh
✔ Sesuai untuk cuaca panas dan hujan ringan
✔ Nampak kemas dan moden

Berikut adalah gambar sebenar khemah ini ketika digunakan di tapak camping 🌿



πŸ›’ View Tent on Shopee

Bagi saya, khemah yang selesa boleh membuat pengalaman camping menjadi lebih menyeronokkan terutamanya apabila bercamping bersama keluarga atau rakan-rakan.

Kalau anda sedang mencari khemah yang luas dan praktikal untuk aktiviti outdoor, khemah ini memang berbaloi untuk dipertimbangkan. ☝☝☝

Monday, 4 May 2026

Checklist Camping untuk Beginner (Jangan Pergi Tanpa Ini!)

Kalau ini pertama kali kamu pergi camping, ada satu kesalahan klasik: bawa terlalu banyak barang… atau lebih parah, tertinggal benda penting. Supaya trip kamu tak jadi mimpi ngeri, ini checklist asas yang memang wajib ada.

πŸ•️ 1. Tempat Berteduh & Tidur

Ini paling penting. Tanpa ini, camping terus jadi “survival”.

Quick Checklist:
✔ Khemah (tent) – πŸ‘‰ Check di Shopee
✔ Groundsheet (alas khemah) - πŸ‘‰ Check di Shopee
✔ Sleeping bag atau selimut - πŸ‘‰ Check di Shopee
✔ Bantal Kecil (optional, tapi best) - πŸ‘‰ Check di Shopee

πŸ”¦ 2. Pencahayaan

Hutan gelap lebih cepat dari yang kau sangka.

Quick Checklist:
✔ Lampu Suluh / Headlamp - πŸ‘‰ Check di Shopee
✔ Lampu Khemah - πŸ‘‰ Check di Shopee
✔ Bateri Tambahan atau charger berasaskan solar

🍳 3. Makanan & Peralatan Masak

Jangan bergantung pada “nanti cari je dekat sana”.

Quick Checklist:
✔ Makanan mudah masak (mi segera, sardin, roti)
✔ Dapur portable + gas - πŸ‘‰ Check di Shopee
✔ Periuk / kuali kecil - πŸ‘‰ Check di Shopee
✔ Sudu, garpu, pisau
✔ Air minuman secukupnya

πŸ‘• 4. Pakaian

Cuaca boleh berubah tiba-tiba.

Quick Checklist:
✔ Baju ganti
✔ Jaket (walaupun siang panas!)
✔ Stoking extra
✔ Selipar / kasut sesuai - πŸ‘‰ Check di Shopee

🧼 5. Kebersihan & Kesihatan

Ramai orang underestimate bahagian ini.

Quick Checklist:
✔ Tisu basah / tisu kering
✔ Sabun / sanitizer
✔ Ubat-ubatan asas (panadol, minyak angin, plaster luka)
✔ Insect repellent - πŸ‘‰ Check di Shopee

πŸ”₯ 6. Peralatan Tambahan

Ini yang selalu jadi “penyelamat keadaan”.

Quick Checklist:
✔ Pisau serbaguna - πŸ‘‰ Check di Shopee
✔ Tali (paracord)
✔ Powerbank
✔ Plastik sampah

⚠️ Tips Bonus untuk Beginner

  • Jangan camping sorang kalau first time
  • Check cuaca sebelum pergi
  • Inform family/friend lokasi camping
  • Datang awal (setup khemah waktu terang)

Camping ni best kalau kau prepared. Kalau tak, memang cepat jadi trauma πŸ˜…

5 Peralatan Camping Wajib Bawa untuk Pengalaman di Hutan

Camping di kawasan pedalaman bukan sekadar aktiviti santai. Ia adalah pengalaman yang menghubungkan kita dengan alam. Di tempat seperti Naa Buat, suasana hutan, bunyi sungai dan udara segar menjadikan setiap detik sangat bermakna.

Namun, tanpa peralatan yang betul, pengalaman ini boleh menjadi kurang selesa. Berikut adalah beberapa peralatan camping yang wajib dibawa untuk memastikan perjalanan anda lebih selamat dan menyeronokkan.


1. Khemah (Tent)

Khemah adalah perlindungan utama ketika berada di hutan. Pilih khemah yang mudah dipasang, kalis air, dan sesuai untuk cuaca lembap.

View on Shopee

2. Portable Stove

Memasak di hutan menjadi lebih mudah dengan dapur mudah alih. Ia menjimatkan masa dan lebih selamat berbanding membuat api secara tradisional.

View on Shopee

3. Sleeping Bag

Suhu di hutan boleh menjadi sejuk pada waktu malam. Sleeping bag membantu memastikan tidur anda lebih selesa dan berkualiti.

View on Shopee

4. Pisau / Parang Outdoor

Alat ini sangat penting, bukan sahaja untuk memasak tetapi juga untuk keperluan lain seperti memotong kayu atau membersihkan kawasan. Dalam budaya kampung, alat ini memang tidak pernah ditinggalkan.

View on Shopee

5. Lampu Camping

Apabila malam tiba, kawasan hutan boleh menjadi sangat gelap. Lampu camping yang terang dan tahan lama sangat membantu, terutamanya ketika memasak atau bergerak pada waktu malam.

View on Shopee

Dengan peralatan yang betul, pengalaman camping bukan sahaja lebih selamat tetapi juga lebih bermakna. Ia memberi peluang untuk kita menghargai alam, memahami kehidupan yang lebih sederhana, dan menghubungkan diri dengan warisan yang telah lama wujud.


This post contains affiliate links. I may earn a small commission at no extra cost to you.

Friday, 16 January 2026

Keluyung: Gotong-royong tanpa berkira

 

Penduduk kampung Long Sinung sedang 'keluyung' membersihkan kawasan perkuburan lama.

Selain Adat Pateu, satu lagi adat lama yang semakin jarang diamalkan ialah Adat Keluyung. Keluyung membawa maksud gotong-royong, di mana kerja dilakukan bersama-sama tanpa gaji dan tanpa sebarang ganjaran.

Dahulu, Adat Keluyung sangat kuat dalam kehidupan masyarakat. Jika ada yang membuka ladang, membina rumah, membersihkan kebun atau mengadakan majlis, orang kampung akan datang membantu dengan sukarela. Tidak ditanya upah, tidak dihitung masa. Yang penting, kerja siap dan hubungan sesama komuniti terjaga.

Keluyung lahir daripada rasa kebersamaan. Apabila seorang memerlukan bantuan, yang lain datang membantu tanpa syarat. Kerja berat dipikul bersama, susah senang dikongsi bersama.

Namun hari ini, amalan ini semakin berubah. Gotong-royong tanpa ganjaran semakin jarang berlaku. Sebaliknya, yang lebih biasa diamalkan ialah “bayak” atau “nyuwak”.

Dalam amalan bayak atau nyuwak, bantuan yang diberikan perlu diganti sama ada dalam bentuk tenaga, benda lain yang diminta, atau duit. Contohnya, hari ini orang datang bekerja di ladang kita, maka pada masa lain kita perlu bekerja di ladang mereka, atau menggantinya dengan hasil kebun, barangan tertentu, atau bayaran.

Hubungan kerjasama masih ada, tetapi sifatnya sudah berbeza. Bayak dan nyuwak lebih kepada pertukaran, manakala Keluyung dahulu lebih kepada keikhlasan.

Perubahan ini bukan sesuatu yang salah. Zaman berubah, keperluan hidup semakin mencabar, dan masa menjadi semakin bernilai. Namun bezanya jelas. Keluyung dilakukan tanpa berkira, bayak dan nyuwak dilakukan dengan persetujuan ganti.

Walaupun begitu, nilai saling membantu itu masih wujud. Mungkin yang penting ialah memastikan semangat kebersamaan tidak hilang sepenuhnya, walaupun bentuk amalan sudah berubah.

Selagi kita masih mengenal dan menyebut Adat Keluyung, adat itu belum benar-benar lenyap. Ia tinggal sebagai peringatan bahawa suatu ketika dahulu, masyarakat hidup bukan kerana ganjaran, tetapi kerana rasa tanggungjawab terhadap satu sama lain.


Monday, 12 January 2026

Adat Pateu: Berkongsi Rezeki, Mengikat Kasih


Zaman semakin berubah dan bersama perubahan itu, banyak adat lama perlahan-lahan semakin dilupakan. Bukan kerana adat itu tidak baik tetapi kerana cara hidup kita hari ini sudah tidak sama seperti dahulu. Salah satu adat yang sering bermain di fikiran saya ialah Adat Pateu iaitu adat berkongsi rezeki sesama keluarga dan komuniti.

Semasa kecil dahulu, saya selalu melihat mendiang bapa saya mengamalkan adat ini. Setiap kali beliau pulang dari hutan dengan hasil buruan seperti babi hutan, rusa atau haiwan lain, daging itu tidak pernah disimpan untuk keluarga kami sahaja. Sebaliknya, ia akan dibahagikan kepada saudara-mara dan jiran terdekat yang tinggal berdekatan.

Bukan itu sahaja. Hasil tanaman seperti sayur-sayuran kampung dan buah-buahan juga turut dikongsi. Jika kebun berbuah lebat atau sayur di ladang menjadi, hasilnya akan diagihkan tanpa diminta. Hari ini kami memberi, esok mungkin giliran kami menerima.

Apabila saudara atau jiran mendapat hasil buruan atau hasil tanaman pula, mereka akan melakukan perkara yang sama iaitu memberi kembali kepada kami. Begitulah kitaran Adat Pateu. Tidak pernah berkira, tidak pernah mengungkit. Semuanya dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Adat Pateu bukan sekadar tentang daging, sayur atau buah-buahan. Ia adalah tentang nilai hidup, tentang rasa saling bergantung dan menjaga antara satu sama lain. Adat ini mengajar kami bahawa rezeki tidak akan berkurang apabila dikongsi malah menjadi lebih bermakna.

Hari ini, adat ini semakin jarang diamalkan. Mungkin kerana kehidupan moden menjadikan kita lebih sibuk atau kerana kita sudah terlalu biasa membeli segala-galanya. Namun nilai Adat Pateu itu masih relevan dan wajar dikenang.

Selagi kisah-kisah ini masih diceritakan, Adat Pateu belum hilang sepenuhnya. Ia hidup dalam ingatan, dalam tulisan dan dalam harapan agar generasi akan datang memahami bahawa berkongsi rezeki adalah asas kepada hidup bermasyarakat.

Wednesday, 24 September 2025

Penuh Rumah Kalau Berkumpul Bersama

 



Kalau cerita pasal kampung, memang tak akan pernah habis. Paling buat rindu bila semua keluarga dapat berkumpul sekali. Rumah penuh dengan anak, cucu, menantu dan saudara mara. Suasana tu memang tak boleh nak diganti dengan apa-apa. Bila semua balik, suasana akan terus berubah jadi macam pasar malam. Riuh dan bising tapi bahagia.

Bayangkan bila makan. Masak nasi satu periuk memang tak cukup. Terpaksa masak dua periuk besar baru semua orang kenyang. Lauk pula tak payah mewah-mewah, janji cukup. Ada ikan goreng, sayur kampung atau sambal cili pun dah sedap sangat. Lagi-lagi makan sama-sama, duduk bersila ramai-ramai atas lantai. Apa yang ada, itulah yang dikongsi. Di kampung bukannya ada kedai nak beli lauk lebih, jadi apa yang ada di dapur atau hasil kebun, itulah yang dijadikan hidangan. Dan anehnya, semua orang makan dengan selera yang luar biasa.

Lepas makan, mula lah suasana jadi meriah lagi. Ada yang duduk bersembang, ada yang main daun terup, ada juga yang sibuk di dapur kemas periuk belanga. 

Bila malam, cabaran paling besar adalah tidur. Rumah tak besar mana, tapi orangnya ramai. Semua sudut rumah penuh dengan tilam, bantal, tikar, selimut. Kadang-kadang sampai berebut bantal, ada yang dapat selimut nipis, ada yang tidur tak beralas. Tapi itulah keseronokan dia. Tidur rapat-rapat, sambil bercerita kisah hantu atau pengalaman lucu. Gelak tak berhenti-henti sampai ada yang tertidur dulu. Suasana tu memang lain macam, hangat dengan kasih sayang.

Esok pagi pula, belum subuh lagi sudah ada bunyi orang sibuk di dapur. Ada yang masak air, ada yang siapkan sarapan. Bila budak-budak bangun, dapur kembali menjadi riuh dan bau kopi menyambut pagi. Indah sungguh.

Bila duduk di bandar, terus rasa rindu suasana macam tu. Rindu riuh rendah, rindu rumah yang penuh sesak dengan orang, rindu makan lauk kampung yang ringkas tapi sedap bila dimakan beramai-ramai. Hidup di kampung memang sederhana tapi nilainya luar biasa.

Harap satu hari nanti dapat berkumpul lagi macam dulu. Boleh makan sama-sama, tidur berhimpit, berebut bantal dan dengar suara budak-budak ketawa sampai malam. Rasa bahagia yang akan kita simpan sampai bila-bila.




Thursday, 18 September 2025

Leket: Ikan Sungai Kecil



Bagi sesiapa yang membesar di tepi sungai, terutama di kawasan pedalaman, nama ikan leket pasti tidak asing lagi. Walaupun saiznya kecil, ikan ini penuh dengan cerita dan makna. Bagi kami di Sungai Akah, leket bukan sekadar ikan tetapi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak.

Leket mempunyai bentuk badan yang pelik tapi menarik. Kepalanya leper, badannya tirus, dan siripnya besar serta melebar seakan-akan penyedut. Dengan kelebihan ini, leket mampu melekat kuat pada batu walaupun air sungai deras. Warnanya pula coklat gelap dengan corak samar menjadikannya pandai menyamar di celah batu.

Kenangan paling indah ialah ketika musim kemarau. Air sungai menjadi cetek dan jernih, batu-batu di jeram jelas kelihatan. Inilah masa yang kami tunggu-tunggu untuk menangkap leket beramai-ramai.

Bersama kawan-kawan sekampung, kami membawa tangguk atau dalam bahasa Kenyah disebut sikep. Kami akan menyusuri jeram, mengangkat batu-batu kecil, lalu menahan sikep. Biasanya beberapa ekor leket akan terperangkap. Walaupun kecil, perasaan puas dan seronok ketika berjaya menangkapnya memang tiada tandingan.

Leket yang terkumpul boleh digoreng garing atau dimasak dengan garam dalam daun. Rasanya manis dan lembut, ciri khas ikan sungai asli. Kadang-kadang, hasil tangkapan tidak banyak tapi cukup untuk jadi lauk makan bersama keluarga.

Dalam Sains, ikan leket dikaitkan dengan kumpulan goby (Gobiidae) atau loach (Balitoridae) iaitu ikan kecil yang hidup di sungai berbatu dan berarus deras. Yang menariknya, ikan ini dianggap bioindikator atau penunjuk kesihatan sungai.

Leket hanya hidup di air yang jernih, sejuk, dan kaya oksigen. Ia sangat sensitif terhadap pencemaran. jika sungai mula tercemar atau berlumpur, populasi leket akan cepat berkurangan. Kehadiran banyak ikan leket di sesuatu kawasan menandakan sungai tersebut masih bersih dan ekosistemnya sihat. Jadi, setiap kali kami menjumpai ikan leket, itu bukan sahaja rezeki untuk dijadikan lauk tetapi juga petanda bahawa sungai kami masih hidup dan masih terjaga.

Hari ini, mungkin tidak ramai lagi generasi muda yang mengenali ikan leket. 
Bila dikenang kembali, rasa rindu dengan kenangan zaman kecil-kecil dulu menerpa kembali. Seronoknya memang sesuatu yang tidak dapat diganti.

 

Monday, 8 September 2025

Sungai Akah Mengganas Lagi



7 September 2025, Sungai Akah sekali lagi mengganas. Malam itu, hujan turun dengan lebat tanpa henti. Deruan arus bagaikan suara marah alam yang tak mampu ditahan. Abang dan kakak terpaksa bersengkang mata menjaga perahu, takut hanyut dibawa arus deras.

Bukan Sungai Akah sahaja, sungai kecil Keluan di belakang rumah pun ikut membesar. Keluarga ketika itu risaukan ternakan ayam dan babi yang seolah mengerti bahaya yang sedang mengintai.

Saat fajar menyinsing, air mulai surut, meninggalkan luka di tebing. Batang kayu besar terdampar, meja tempat kami selalu berkumpul di tepi sungai sudah lenyap dan perahu pula tersadai jauh dari tempat asalnya.

Keadaan ini mengingatkan kami kepada peristiwa banjir besar pada tahun 2004, ketika air sungai benar-benar menenggelami halaman rumah. Banyak perahu yang hanyut, sawah dan huma ditenggelami air dan harta benda penduduk dibawa arus yang deras.

Peristiwa seperti ini mengingatkan kita bahawa sungai bukan sekadar aliran air, tetapi kuasa alam yang mampu memberi rezeki dan dalam sekelip mata meragut ketenangan. Namun, kesyukuran tidak lupa dipanjat kerana semuanya berada dalam keadaan yang selamat.


 

Sunday, 24 August 2025

Cendawan Buah: Rezeki Hutan Semasa Musim Hujan

 



Setiap kali selepas musim hujan, saya teringat kenangan zaman kecil di kampung. Waktu itu, orang tua-tua selalu berpesan: “Kalau tanah sudah lembap dan daun gugur banyak, nanti cendawan buah akan keluar.”

Benar kata mereka. Pagi-pagi, saya ikut ibu berjalan ke kebun durian di tepi rumah. Dari jauh, nampak tompokan kecil berwarna menyembul di celah daun kering. Hati pun jadi girang. Tandanya rezeki hutan sudah datang.

Mengutip cendawan ini bukan kerja yang mudah tetapi ianya sangat menyeronokkan. Kena hati-hati supaya batangnya tidak patah, dan pilih yang segar. Kadang-kadang tangan kotor dengan tanah tetapi keseronokan itu lebih daripada segalanya.

Balik ke rumah, cendawan ini dimasak ringkas saja. Ada kalanya ibu menumis dengan bawang dan sedikit ikan bilis, ada juga yang dimasak kuah terjun saja dengan sedikit garam. Rasanya lembut, manis dan punya aroma hutan yang sukar digambarkan. Makan dengan nasi panas-panas memang terasa nikmatnya.

Apabila membeli cendawan buah ini dari penduduk kampung tadi, memori semasa zaman kanak-kanak tiba-tiba menerpa kembali. Ia mengingatkan saya tentang kehidupan kampung yang sederhana, tentang bagaimana alam selalu memberi rezeki kepada mereka yang tahu menghargainya.


Thursday, 14 August 2025

MUSIM MENUGAL: PELUH, TAWA DAN DOA BERCAMPUR MENJADI SATU

 




Di kampung, bunyi ayam berkokok menjadi alarm semula jadi. Pagi-pagi, kabus masih melekat di puncak bukit dan udara segar yang menyapa membuatkan semangat berkobar. Hari ini bukan hari biasa. Hari ini adalah hari menugal huma.

Bagi yang belum tahu, menugal ialah cara tradisional menanam padi bukit. Kaedah ini digunakan sejak zaman nenek moyang kami. Tiada mesin, tiada jentera moden. Hanya kayu tugal, benih padi, dan gotong-royong penduduk kampung.

Seawal subuh, kaum lelaki sudah mengasah hujung kayu tugal iaitu sebatang kayu panjang dengan hujung runcing yang digunakan untuk membuat lubang di tanah. Kaum wanita pula sibuk menimbang dan membahagi benih padi ke dalam bakul rotan. Semuanya dilakukan sambil bergurau dan ketawa. Suasana ketika ini menjadi riuh tapi penuh mesra.

Apabila matahari mula naik, barisan penugal sudah tersusun. Lelaki di hadapan menusuk tanah dengan kayu tugal, membuat lubang-lubang kecil. Kaum wanita menyusul di belakang, menjatuhkan beberapa butir benih ke setiap lubang sebelum menutupnya dengan tanah. Langkahnya berulang-ulang. Tugal, tabur, tutup.

Walaupun kelihatan mudah, menugal memerlukan tenaga dan kerjasama yang baik. Di bawah terik matahari, peluh mengalir tapi rasa penat hilang bila terdengar gurauan, nyanyian serta tawa ria mereka yang sedang kuat bekerja.

Sekitar tengah hari, kerja dihentikan sebentar. Semua berkumpul di bawah teduhan pokok besar. Hidangan nasi dengan lauk pauk tradisional seperti ikan salai, sayur pucuk ubi, sambal belacan dan air kopi kampung menjadi penguat tenaga. Makan bersama terasa seperti pesta kecil.

Di setiap lubang tanah yang ditugal, bukan hanya benih padi yang ditanam tapi juga doa agar hujan turun tepat pada masanya, tanah terus subur serta anak cucu kelak masih tahu bau tanah huma. Semoga warisan ini akan terus hidup selama hayat masih dikandung badan.

Wednesday, 13 August 2025

Musim Kemarau Tiga Bulan: Cabaran & Keindahan yang Tersembunyi

 


Tiga bulan sudah kampung kami disinari matahari tanpa henti. Langit membiru tanpa awan seolah-olah enggan menurunkan setitik hujan pun. Setiap hari, tanah merekah semakin dalam, rumput bertukar kekuningan dan sungai yang dulu deras kini sekadar beralun kecil.

Musim kemarau membawa dugaan yang tidak kecil. Setiap hari, matahari muncul awal dan pergi lewat. Panasnya bukan sekadar di kulit tapi terasa sampai ke dalam tulang. Sumber air semakin berkurang memaksa kami berjimat setiap titis. Petani terpaksa menangguh penanaman padi walaupun huma sudah berjaya dibakar. Kebun sayur perlu disiram dengan air simpanan yang sedikit. Panas yang membahang membuatkan kerja luar rumah menjadi lebih cepat meletihkan. Anak-anak tidak lagi bermain lama di halaman. Mereka mencari teduhan di bawah rumah, mengipas diri dengan apa sahaja yang ada.

Namun di sebalik semua cabaran itu, musim kemarau juga menghadirkan keindahan yang tersendiri. Air sungai yang menjadi cetek membuat ikan-ikan semakin jinak. Mereka berenang perlahan di celah batu, seolah-olah tidak takut pada manusia. Batu-batu di dasar sungai kini berwarna hijau, diselaputi lumut yang licin dan berkilau di bawah cahaya matahari. Anak-anak sangat teruja kerana dapat berenang hingga ke seberang sungai. Berendam berjam-jam pun tidak diendah kerana air yang menyejukkan badan ketika panas terik.

Matahari terbenam kelihatan lebih memukau. Langit diwarnai jingga, merah dan ungu yang berlapis-lapis. Malam pula membawa bintang yang lebih jelas, seolah-olah taburan berlian di hamparan gelap. Udara yang kering membuat bunyi malam kedengaran lebih jernih dengan bunyi unggas, dan desir angin yang perlahan di celah daun kering.

Dari sini kami belajar bahawa kemarau bukan sekadar tentang kekurangan air tetapi tentang kesabaran dan kemampuan mencari keindahan walau dalam keadaan yang mencabar. Seperti kata pepatah lama, “Setiap musim, walau sekeras mana, tetap ada hadiah yang dibawanya.”


Thursday, 12 June 2025

Bermalam di Jiam Senuring: Menanti Ikan Bertelur



Pernahkah kamu tidur di tepi sungai, hanya beralaskan tikar dan berselimut bintang? (Walaupun kenyataannya malam itu kami berselimutkan selimut kerana kesejukan) Malam itu, kami nekad untuk bermalam di Jiam Senuring, di atas hamparan batu karangan yang sejuk dek air sungai yang tak pernah jemu mengalir.

Kami bukan sekadar bermalam atau mahu 'healing'. Tujuan kami lebih istimewa iaitu mahu menyaksikan sendiri detik ikan bertelur. Kata orang tua, bila musim tiba terutamanya waktu kemarau, ikan akan naik ke kawasan berbatu cetek seperti di Jiam Senuring untuk melepaskan benih. Dan malam itu, kami pun bersedia dengan tikar, bantal, selimut semua dibawa, seolah-olah mahu lena di bilik hotel lima bintang, cuma kali ini silingnya langit terbuka luas.

Suhu malam mula jatuh. Angin dari celah batu menyelinap masuk ke dalam selimut. Kami duduk rapat-rapat di sisi unggun api yang kecil untuk memecah dingin malam sambil mendengar irama alam. Jeram yang tak berhenti mengalir deras, unggas yang sesekali menyahut entah dari ceruk mana. Suasananya sunyi, tapi tidak kosong.

Perut mula berlagu, dan seperti biasalah, menu istimewa ekspedisi kami, maggi! Dimasak perlahan-lahan dalam periuk kecil, kuahnya panas, rasanya luar biasa. Mungkin kerana perut lapar. Atau mungkin kerana makan di tengah alam ciptaan Tuhan ini memang beri rasa lain.

Kami tunggu. Mata tajam memerhati gerak air. Tapi malam itu, rezeki belum menyebelahi kami. Tiada seekor ikan pun muncul untuk bertelur. Sunyi tetap sunyi. Tapi, tiada rasa kecewa.

Kerana hakikatnya, malam itu bukan sekadar tentang ikan. Tetapi keseronokan tidur di atas batu, memasak dengan unggun api, dan merasa malam yang sebenar. Tanpa bunyi enjin, tanpa lampu jalan. Hanya cahaya bulan dan bunyi alam menjadi teman.

Kami mungkin pulang tanpa cerita tentang ikan bertelur. Tapi kami bawa pulang satu kisah yang jauh lebih mahal iaitu kisah tentang malam yang sunyi, damai dan penuh rasa syukur. πŸ˜ƒπŸ₯°πŸ₯°