Tuesday, 17 December 2024

Memories of Firewood: The Warmth of Life in The Longhouse

 


In the longhouse, firewood was an essential part of daily life. Before the convenience of modern gas stoves, firewood was the only source of fuel for cooking. But beyond its practical purpose, firewood symbolized tradition, shared effort, and the warmth of family bonds.

As a child, gathering firewood was a common task. I remember walking with my family to the nearby forest and by the riverside to search for dry branches and logs. We carried machetes and ropes, cutting the wood into manageable pieces before bundling them up to carry home. Although it required effort, these trips to the forest were always enjoyable. Along the way, we shared stories, laughed, and marveled at the beauty of nature surrounding us.

The firewood we collected was neatly stacked in a storage area. This wasn’t just random piling—it had to be arranged carefully to allow the wood to dry properly and be easily accessible when needed. Sometimes, we children turned this chore into a playful competition, racing to see who could stack the wood fastest. This made even the hardest tasks more fun.

I vividly remember the warmth of the wood-burning stove in our longhouse kitchen. Every morning, my mother would light the fire using embers preserved from the night before. A gentle smoky aroma would fill the air, creating a soothing atmosphere. With the firewood, my mother prepared traditional dishes like smoked fish and wild fern vegetables. Meals cooked over firewood always seemed to have a special flavor, perhaps because of the slow and deliberate cooking process.

Firewood also played an important role during celebrations and traditional ceremonies. For events like weddings or cultural rituals, large wood fires were lit to prepare food for the entire community. These fires were more than just for cooking—they became gathering spots for everyone. The elders would sit around the fire, sharing stories and wisdom, while children played nearby with joyful laughter echoing through the air.

On chilly nights, firewood brought comfort and warmth. I remember sitting near a fire with my family, listening to old stories from my grandparents. The flickering flames, the soft crackling of burning wood, and the golden light illuminating our faces created a magical atmosphere that I’ll never forget.

"Firewood was more than just fuel; it was a symbol of effort, togetherness, and the warmth of life in the village."

Today, with modern conveniences, firewood is no longer as essential as it once was. But the memories of firewood—gathering it, lighting the kitchen fire, and the warmth it provided—remain etched in my heart. It reminds me of the simplicity of life in the village, where every effort was shared and brought genuine happiness.

What about you? Do you also have fond memories of firewood and the traditional life in your village?

Sunday, 15 December 2024

Kenangan Bersama Sapek/Lembu di Naa Buat: Sahabat Masa Kecil yang Tidak Dilupakan


Masa kecil saya di Naa Buat penuh dengan cerita yang tidak dapat dilupakan. Antaranya, kenangan bersama lembu yang dipelihara oleh mendiang datuk. Lembu ini boleh dikatakan sebagai 'raja' di Naa Buat ketika itu. Pantang lepas pagar masuk ke dalam rumah, pasti ada perkara yang akan terjadi.

Mendiang bapa saya akhirnya terpaksa memasang pagar berduri di sekeliling rumah untuk mengelakkan lembu tersebut daripada masuk. Kalau lembu ini berjaya masuk ke kawasan rumah, habislah pakaian kami! Baju dan seluar yang tersidai di ampaian pasti menjadi mangsa. Ibu pula terpaksa berkebun di kawasan yang jauh dari rumah kerana tanaman di halaman sering dimusnahkan oleh lembu tersebut.

Setiap kali hendak ke pengkalan, kami perlu berhati-hati—menoleh kiri dan kanan—takut-takut terserempak dengan lembu. Lebih-lebih lagi kalau memakai baju merah! Lembu itu memang pantang nampak warna merah, ia pasti mengejar.

Saya masih ingat satu insiden yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Pada suatu hari, saya dan adik-adik memanjat pokok jambu kerana mahu makan buahnya. Dari jauh, lembu itu sudah nampak kami. Dengan pantas, ia berlari ke arah pokok jambu. Dalam keadaan panik dan ketakutan, saya terus terjun dari pokok. Malangnya, kaki saya tersangkut pada dahan pokok, dan paha saya terluka.

Lembu itu bukan sahaja ditakuti oleh kami, malah penduduk kampung yang lain! Tidak ramai yang berani singgah di Naa Buat. Pernah ada orang yang berkemah di kerangan (tepi sungai) menjadi mangsa lembu ini. Apabila mereka bangun pagi, pakaian mereka yang dijemur habis hilang—dimakan oleh lembu!

Namun, ada sesuatu yang unik tentang lembu ini—ia sangat jinak dengan mendiang datuk. Setiap kali datuk mengusap kepala lembu, haiwan itu akan duduk tenang dan kadangkala tertidur.

Walaupun kenangan bersama lembu ini banyak yang menakutkan, ada juga saat-saat menyeronokkan. Kadang-kadang, saya dan adik-adik sengaja mengusik lembu supaya ia mengejar kami. Kami akan berlari sekuat hati menuju ke pagar rumah, ketawa dalam ketakutan. 

Riuh Naa Buat setiap kali lembu terlepas masuk ke kawasan rumah. Bapa dan abang-abang akan kelam-kabut mengusirnya keluar. 

Walaupun lembu itu membawa banyak cabaran, ia tetap menjadi sebahagian daripada kenangan manis zaman kanak-kanak kami. Kehadirannya, walaupun mengundang kekecohan, memberikan warna dalam hidup kami di kampung.

Monday, 9 December 2024

Tempat Sederhana: Lepau di Data Lesung

Gambar pondok pada tahun lepas, Februari 2023


Lepau di sawah Data Lesung menyimpan banyak kenangan. Dibina oleh mendiang bapa saya pada 5 November 1995 iaitu 29 tahun yang lalu ketika saya baru berumur 7 tahun. Sehingga kini, lepau ini masih berdiri teguh dan tetap bertahan. 

Di sinilah kami menghabiskan waktu selepas penat bekerja di sawah, menikmati saat-saat istirahat yang penuh makna dan disini jugalah tempat kami berteduh dari panas terik cahaya matahari serta hujan semasa musim menanam dan menuai padi. Suasana di pondok sawah tidak pernah gagal memberikan rasa damai—dikelilingi oleh hamparan sawah hijau yang luas, udara segar, dan bunyi gemersik daun padi yang ditiup angin.

Semasa berehat tengah hari pada musim menuai, kami akan berkumpul di lepau untuk berehat. Emak akan menyediakan makanan di dalam lepau ini untuk kami. Walaupun hidangannya ringkas, makan bersama di lepau dengan pemandangan sawah yang indah menjadikan segalanya terasa istimewa.

Biasanya, selepas makan tengah hari, kami akan berlari ke sungai untuk mandi kerana cuaca yang panas. Di sungai, kami turut membasuh peralatan yang kami gunakan untuk makan kerana di lepau tidak ada air paip. Setelah puas mandi, kami akan kembali sambung menuai lagi. Ketika itu, walaupun masih kecil, kami sudah pandai menuai padi.

Kadang-kala, ketika di sawah, saya selalu berharap agar hujan turun 😂😂😂 kerana ingin cepat pulang ke rumah. Ada diantara kami yang berlakon sakit, ada yang bagi alasan balik ke lepau sekejap untuk minum air tapi tidak balik-balik semula dan ada yang tiba-tiba rajin memasak. 

Lepau ini penuh dengan kenangan kecil yang menggembirakan. Suasana yang sederhana dan sangat tenang membuat hati sentiasa terasa rindu untuk terus menikmatinya. 

Saya bersyukur kerana sehingga hari ini saya dan adik-beradik masih dapat menikmati suasana ini.

NATURE IS A GREAT TEACHER


Sungai di kampung ini bukan sekadar sumber air, tetapi juga tempat kami menghabiskan masa bersama, mencipta kenangan manis yang masih segar dalam ingatan hingga ke hari ini. Kita tidak payah mengupah orang untuk mengajar berenang tetapi kita belajar sendiri dengan penuh semangat.

Ketika musim kemarau, Sungai Akah akan menjadi jernih seperti kaca. Dari atas permukaan air, kami dapat melihat dasar sungai dengan jelas—batu-batu licin yang tersusun cantik, lumut hijau yang menari mengikut arus, dan ikan-ikan kecil berenang ke sana ke mari. Saya masih ingat betapa seronoknya mengejar ikan-ikan itu dengan tangan kosong, walaupun jarang sekali berjaya menangkapnya. 😂

Setiap petang, saya dan adik-beradik akan berlari ke sungai dengan penuh semangat. Kami sering berlumba-lumba terjun ke air, mencetuskan percikan yang besar sambil ketawa gembira. Ada kalanya, kami akan berlumba berenang untuk sampai ke seberang atau menggunakan perahu. Tapi, apabila melihat kelibat mendiang bapa, kami terus takut dan berpura-pura mandi di tempat yang cetek.

Selain bermain, mandi sungai juga menjadi saat untuk menyegarkan diri. Tidak ada yang lebih nikmat daripada merendam badan di dalam air sejuk yang mengalir perlahan, sambil mendengar bunyi burung dan desiran angin di antara pokok-pokok hutan. Rasanya seperti seluruh penat lelah hilang dibawa arus.

Ketika matahari mulai terbenam, suasana di sungai menjadi lebih damai. Kami sering duduk di atas batu besar di tepi sungai, mengeringkan badan sambil berbual dan menikmati pemandangan yang indah. Warna jingga dari langit senja terpantul di permukaan air, mencipta pemandangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Kini, setiap kali saya merindukan kampung halaman, saya selalu teringat akan sungai itu—jernihnya, sejuknya, dan suasana cerianya. Saya merasa gembira anak-anak serta anak buah saya masih dapat merasakan tempat dan suasana seperti ini. Setiap tahun, mereka pasti tidak sabar menunggu cuti sekolah untuk balik ke kampung dengan tujuan utama iaitu mandi di sungai. Seperti saya dan adik-beradik, anak-anak dan anak buah saya semuanya belajar berenang di Sungai Akah. 😊😊

Sunday, 8 December 2024

Kehangatan Campfire Bersama Keluarga

 






Pengalaman campfire bersama keluarga merupakan saat yang paling dirindui. Rindu dan bahagia. Duduk mengelilingi api unggun di tengah malam yang sejuk, bersama keluarga tersayang, adalah salah satu pengalaman yang paling indah dan bermakna dalam hidup saya.

Saya masih boleh membayangkan bunyi kayu berderak perlahan ketika api menyala. Cahaya jingga dari api unggun menerangi wajah-wajah kami, mencipta suasana yang begitu hangat dan mesra. Di saat itu, semua perbezaan dan kesibukan dunia luar terasa jauh. Hanya ada keakraban, tawa, dan cerita yang menghidupkan malam.

Biasanya, campfire kami diadakan di tepi sungai semasa musim kemarau. Sebelum api dinyalakan, semua orang akan bergotong-royong mencari kayu kering di sekitar kawasan. Kanak-kanak, termasuk saya, sering berlumba-lumba mengumpulkan ranting kecil, seolah-olah tugas itu adalah sebuah permainan yang menyeronokkan.

Ketika api sudah menyala, bermulalah saat-saat paling istimewa. Mendiang bapa akan pergi menjala ikan dan sementara menunggu dia membawa hasil, ada yang memanggang ubi di atas bara serta menjerang air untuk dibuat air kopi. aroma harumnya memenuhi udara malam. Kami kemudian memanggang ikan segar yang baru ditangkap dari sungai, menjadikan malam itu satu pesta kecil.

Namun, yang paling saya nantikan adalah sesi berkongsi cerita. Mendiang bapa sering menghidupkan suasana dengan kisah-kisah legenda tempatan, kisah lucu, atau pengalaman hidup mereka ketika muda. Sesekali, cerita seram turut diselitkan, dan kami kanak-kanak akan duduk lebih dekat dengan orang dewasa, cuba menyembunyikan rasa takut di sebalik tawa.

Selain itu, campfire juga menjadi peluang untuk bernyanyi bersama. Dengan hanya menggunakan batu atau memukul kayu sebagai irama, kami menyanyikan lagu untuk menghibur hati. Suara kami mungkin tidak sempurna, tetapi semangat kebersamaan menjadikan segalanya terasa indah.

Saat paling menyentuh ialah apabila malam semakin larut dan api mula padam. Kami akan duduk diam, menikmati bunyi alam seperti unggas malam, gemericik air sungai, atau bunyi angin yang berbisik di antara pepohonan. Saat-saat itu mengingatkan saya akan betapa indah dan damainya kehidupan yang sederhana.

"Campfire bersama keluarga bukan sekadar aktiviti, tetapi cara untuk mengukuhkan ikatan, mencipta kenangan, dan menghargai detik-detik kecil yang bermakna."

Kini, apabila mengenang campfire bersama keluarga, saya sedar bahawa detik-detik itu lebih daripada sekadar pengalaman. Ia adalah pelajaran tentang kebersamaan, kasih sayang, dan keindahan hidup yang sering kita abaikan dalam kesibukan harian.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda juga mempunyai kenangan campfire yang menghangatkan hati?



Saturday, 7 December 2024

Keenakan Ikan Semah




Bagi penduduk di Baram, ikan semah bukan sekadar hidangan biasa, tetapi simbol keistimewaan dan kekayaan rasa yang sukar ditandingi. Sebagai salah satu spesies ikan air tawar yang terkenal, ikan semah sering dianggap "permata sungai" kerana rasanya yang luar biasa dan teksturnya yang lembut.

Ikan semah biasanya hidup di sungai-sungai yang jernih dan berarus deras, menjadikan dagingnya segar dan berkualiti tinggi. Setiap kali bercuti di kampung, abang saya Morris sering ke sungai untuk menangkap ikan semah terutamanya masa musim kemarau. Orangnya sangat hebat kalau menjala ikan atau memasang pukat. Lubuk-lubuk ikan sudah dikenalinya. 😄😄

Ikan ini tidak perlu dimasak dengan cara yang rumit untuk menonjolkan kehebatannya. Kaedah tradisional seperti memanggang di atas bara api atau memasak dalam sup yang ringkas sudah cukup untuk mengeluarkan rasa manis asli dagingnya. Kami pasti berebut untuk makan kepalanya.

Namun, keenakan ikan semah juga menjadikannya semakin jarang ditemui. Dengan perubahan alam sekitar dan penangkapan berlebihan, populasi ikan semah semakin berkurangan.

Bagaimana dengan anda? Pernahkah anda menikmati keenakan ikan semah, atau mempunyai kenangan menangkapnya bersama keluarga?

Tuesday, 3 December 2024

Batu Patip: Kisah 'tawek' yang dicuri



Selamat membaca!

Nama tempat ini adalah Batu Patip. Tempat di mana kami selalu berkelah semasa cuti hujung tahun. Mandi sambil bbq memang sangat seronok. Lebih-lebih lagi untuk budak-budak. Memang berjam-jam lah mereka akan berendam. Adegan terjun gaya bebas tu memang wajiblah termasuk dengan mak cik dan nenek sekali ikut. 😂😂 Tempat ini terletak di hulu rumah panjang Long Sinung. 

Menurut orang tua, ada peristiwa yang pernah berlaku di sini suatu masa dahulu. Nak tau apa????

Kisah ini diceritakan oleh Matai Jaa Tipong kepada anak-anaknya iaitu, Jimmy Ajang, Clement Wan dan Balu Ubong yang kemudiaannya menceritakan semula kepada kami. Jom, saya ceritakan.....

Dahulu, Lebo' Lung Aka iaitu datuk dan nenek kami sangat kaya dan memiliki harta yang banyak. Setiap tiang di ruai rumah panjang mereka penuh dengan 'tawek' yang digantung, simbol kekayaan seseorang ketika itu.

Kekayaan ini menarik perhatian Tama Lian Avit yang merancang untuk merompak mereka. Memandangkan semua lelaki dewasa di kampung telah dibunuh ketika itu (kisah di sebalik kematian semua lelaki dewasa Lebo' Lung Aka ketika itu juga turut diceritakan. Tapi, tunggu masa yang sesuai saya akan ceritakan 😊), Tama Lian Avit berjaya mengambil semua 'tawek' mereka tanpa halangan.

Namun, ketika hendak melarikan diri, dia telah karam dan sebahagian 'tawek' telah jatuh ke
dalam sungai. Kejadian ini berlaku di Batu Patip. Dia kemudiaannya, melarikan diri ke Apau Batu membawa bersama sebahagian 'tawek' yang dapat diselamatkan. Setelah diburu oleh orang-orang dari kampung lain dan akhirnya dia melarikan diri ke Lemeting.

Ada desas-desus mengatakan 'tawek' tersebut masih ada di Apau Batu yang terletak di seberang Naa Buat. 

Mau buat trip untuk mencari 'tawek' yang hilang ni???







The History of Lasan Naa Buat: A Place Where I Grew and Belonged

(Pic 1) Naa Buat - Rumah ini mula dibina pada tahun 1986

(Pic 2) Naa Buat suatu ketika dahulu

(Pic 3) Naa Buat kini

(Pic 4) Naa Buat kini

Selamat pagi semua! Hari ini, saya akan berkongsi tentang Naa Buat yang terletak di Sungai Akah, Baram.

Naa Buat adalah tempat di mana hati saya tertambat sejak kecil. Di sinilah saya dan adik beradik dibesarkan dan mula mengenal kehidupan. Nama ini mungkin sangat asing bagi sesetengah orang, tetapi bagi saya, ia adalah simbol kasih sayang, sejarah, dan kenangan yang tidak akan pernah pudar.

Kehidupan di Naa Buat sangat sederhana, tetapi penuh kebahagiaan. Alamnya begitu mempesona, dengan pemandangan sawah yang luas, bukit-bukau yang menghijau, dan sungai yang mengalir tenang. Tempat ini menjadi saksi kepada segala kegembiraan zaman kanak-kanak saya—mandi di sungai, memanjat pokok buah-buahan, memancing dan mendengar cerita rakyat yang diceritakan oleh nenek dan datuk saya.

Cerita ini saya kongsikan berdasarkan kisah-kisah yang telah disampaikan oleh mendiang datuk dan oleh emak saya sendiri. 😊😊 

Menurut Matai Jaa Avan Kalang Sing, Naa Buat pernah menjadi penempatan Lebo' Lung Aka pada suatu masa dahulu setelah mereka berpindah dari Long Selayau dan sebelum berpindah ke Lio Lesung. Tapak asal rumah (lepu'un) tersebut berada dekat dengan 'belak' (durian isu) di hulu pengkalan sekarang, di mana masih ada sebatang pohon belimbing yang tumbuh hingga kini. Di situ lah Matai Jaa Avan Kalang dan Matai Jaa Jaya telah membina rumah keluarga yang pertama.

Tidak lama selepas itu, mereka berpindah ke lokasi baru di hilir sebuah anak sungai yang dinamakan Long Keluan. Rumah kedua ini dikongsi bersama Matai Ve Piat Tingang. Namun, mereka tidak tinggal di sana lama dan kemudiannya berpindah lagi ke tempat lain.

Untuk perpindahan kali ke-3, pada waktu itu, Maureen Paya (Utan Paya) sudah ada dan masih kecil iaitu berumur sekitar 4 atau 5 tahun. Walaupun masih kecil, beliau dapat mengingat peristiwa ketika mereka berpindah ke penempatan baru tersebut. Menurut Utan Paya, perpindahan itu berlaku pada tahun 1977. Rumah baru itu dibina oleh Matai Jaa Jaya dan mendiang bapa saya, Maping Weng Tingang.

Setelah sekian lama tinggal di sana, mereka berpindah sekali lagi, kali ini untuk kali keempat. Mereka berpindah ke lokasi yang tidak jauh dari penempatan sebelumnya. Di tempat baru tersebut, bapa saya, Maping Weng hanya mendirikan sebuah rumah kecil atau dapur sebagai penyelesaian sementara, kerana tiada sumber kewangan yang mencukupi untuk membeli kelengkapan membina rumah dan menggajikan orang.

Pada tahun 1986, mendiang bapa dan pak cik saya, Ve Uyau Surang akhirnya memulakan pembinaan sebuah rumah yang lebih besar dan kukuh. Di sinilah keluarga besar kami tinggal hingga ke hari ini. 🙆

Selamat membaca!


Monday, 2 December 2024

Keseronokan Hidup di Kampung: Nikmat Sumber Makanan dari Alam

 

Kampung sentiasa menjadi tempat yang istimewa, di mana kehidupan terasa lebih santai dan dekat dengan alam. Bagi saya, salah satu perkara paling menyeronokkan tentang berada di kampung adalah peluang untuk merasai kesegaran makanan yang terus dari sumbernya.

Pagi-pagi lagi, suasana di kampung sudah hidup. Bunyi ayam berkokok, kicauan burung, dan hembusan angin membawa aroma sawah padi atau kebun yang baru disiram. Ini adalah pemandangan yang sentiasa membuat hati tenang. Di sini, kami tidak perlu berlari ke pasar setiap hari kerana makanan boleh terus diambil dari hasil kebun, ladang, atau sungai.

Salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan adalah memetik buah-buahan segar di kebun. Durian, mangga, rambutan—semuanya menunggu untuk dinikmati. Ketika musim ikan pula, sungai di kampung menjadi destinasi utama. Dengan jala atau pancing, kami menangkap ikan segar yang kelak akan dijadikan hidangan yang lazat.

Di dapur kampung, sumber makanan ini diolah menjadi hidangan tradisional yang penuh citarasa. Sup ikan sungai campur pakis, ulam-ulaman dengan sambal belacan, atau tumis pucuk ubi adalah antara menu kegemaran saya. Makanan ini bukan hanya mengenyangkan, tetapi juga mengingatkan tentang kasih sayang dan kebersamaan yang tercipta di meja makan.

Hidup di kampung mengajar kita untuk lebih menghargai anugerah alam. Setiap rezeki yang diperoleh, sama ada hasil bercucuk tanam, memancing, atau memburu, adalah simbol kerja keras dan kesyukuran.

"Kampung bukan sekadar tempat tinggal; ia adalah simbol kehidupan yang penuh kesederhanaan, kegembiraan, dan rasa syukur."

Apakah memori terindah anda tentang hidup di kampung? Kongsi cerita anda!


Pengalaman Anak-Anak Menuai Padi: Sebuah Memori Indah

Musim menuai padi bukan sekadar rutin pertanian, tetapi juga pengalaman berharga yang membawa kenangan manis, terutamanya bagi anak-anak. Aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan mereka kepada tradisi nenek moyang tetapi juga mengajarkan erti kerja keras, kebersamaan, dan penghargaan terhadap makanan yang dinikmati setiap hari.

Saya sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa setiap butir nasi di pinggan mereka adalah hasil usaha gigih seorang petani. Mereka belajar menghormati alam semula jadi dan memahami proses panjang dari sawah hingga ke meja makan. Mereka juga saya ajar untuk mengalami sendiri proses menuai itu. 

Saya dan adik-beradik sendiri sewaktu kecil sudah diajar oleh ibu dan bapa kami untuk turun ke sawah membantu mereka. Penat dan lelah tidak dapat dibayangkan. Namun, kami sentiasa bersyukur kerana setiap tahun bekalan padi memang sentiasa menggunung. Dapat merasakan nikmat dan kelezatan beras baharu lagi. 

Pengalaman menuai padi memberikan pelajaran kehidupan yang tidak ternilai, terutama kepada anak-anak. Ia adalah satu cara untuk mereka lebih menghargai budaya tradisional dan memahami erti bersyukur. Kisah seperti ini pasti akan menjadi kenangan abadi yang mereka bawa hingga dewasa.

"Menyentuh lumpur hari ini adalah cara kita menanam kenangan yang akan terus tumbuh dalam hati mereka selamanya."

 



Hari yang Indah: Sebuah Anugerah Kehidupan

Selamat pagi semua! 

Pagi ini, aku bangun dengan rasa syukur yang mendalam. Cahaya mentari yang lembut menyelinap masuk melalui jendela, seakan-akan menyapa dan mengingatkan bahawa setiap hari adalah peluang baharu untuk mencipta memori indah.

Dalam kesibukan hidup seharian, kita sering terlepas pandang keindahan kecil yang mewarnai hari kita. Udara pagi yang segar, kicauan burung yang merdu, atau senyuman tulus dari insan tersayang—semuanya adalah tanda kasih sayang Tuhan yang sentiasa melimpah.

Hari ini, aku memilih untuk lebih peka dan menghargai setiap detik. Aku memulakan pagi dengan doa dan secawan kopi hangat, sambil merenung betapa beruntungnya aku atas segala nikmat yang diterima.

Kadangkala, kesyukuran tidak memerlukan perkara besar untuk diraikan. Sebuah perbualan mesra, tugas yang selesai dengan baik, atau bahkan kesihatan yang baik sudah cukup untuk membuat kita merasa kaya dan tenang.

Marilah kita meluangkan masa sejenak untuk merenung, mensyukuri, dan menyebarkan kegembiraan kepada orang di sekeliling. Hidup ini terlalu singkat untuk dilalui tanpa rasa terima kasih.

"Setiap hari adalah peluang untuk bersyukur dan mencipta kebahagiaan, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang kita kasihi."

Bagaimana anda memilih untuk mensyukuri hari ini?




Sunday, 1 December 2024

"Growing Together with Nature: A Family’s Love"

 



In today’s fast-paced, technology-driven world, finding moments of genuine connection can feel like a challenge. Yet, nature offers the perfect setting to bring families closer, free from the distractions of screens and the demands of daily routines.

Imagine hiking a winding trail together, where every step is an opportunity to talk, laugh, and encourage one another. The simple act of walking side by side fosters natural conversations, unhurried by schedules or interruptions.

A family picnic under the open sky transforms mealtime into a celebration of togetherness. Without the hum of background noise, the focus shifts to shared stories, spontaneous laughter, and the joy of being present with one another.

Stargazing, on the other hand, invites wonder and reflection. Lying on a blanket under the vast expanse of stars, families are reminded of life’s bigger picture—and of the unique bond they share as part of it.

These activities cultivate teamwork, strengthen communication, and build a reservoir of cherished memories. Nature strips away the noise, creating a space where love and connection flourish, reminding families that the most meaningful moments are often the simplest ones.




"Rediscovering the Beauty of Nature: A Journey Back to Our Roots"


 



The first rays of the sun kissed the horizon, painting the sky in strokes of gold and crimson. A gentle mist hovered over the rolling hills, and the only sounds were the rhythmic chirping of birds and the distant rustle of leaves in the morning breeze. Standing there, surrounded by nature’s quiet magnificence, I felt a sense of peace that words could hardly capture. It was as if the world paused, inviting me to simply be—to breathe, to reflect, to exist in harmony with the moment.

Such moments remind us of the beauty and serenity that nature offers, grounding us in ways our fast-paced lives often fail to do. In this space, amidst the whispers of the earth, we find clarity, inspiration, and a renewed sense of purpose.

Nature has always been a silent yet profound teacher, offering lessons in resilience, balance, and adaptability. Consider the trees—rooted firmly in the earth, they stand tall through storms and sunshine alike. They grow slowly, reminding us that patience is essential for strength and stability.

Rivers, too, have their wisdom. They carve their paths through obstacles, not by force but through persistence, teaching us that challenges are not barriers but opportunities to find new ways forward. No matter how winding their journey, rivers remain steadfast in reaching their destination.

Then there’s the harmony of ecosystems, where every creature and plant has its role, no matter how small. From the tiniest insect to the tallest mountain, everything is interconnected. This balance reminds us of the importance of collaboration and coexistence in our lives.

By observing and embracing these lessons, we can learn to navigate our own journeys with grace and purpose, drawing strength and wisdom from the world around us.

In the grand symphony of nature, even the smallest notes play a vital role. A single tree planted, a small patch of wildflowers left to bloom, or a few minutes spent admiring the stars—all these actions remind us of our connection to the natural world.

When multiplied by many, these small efforts ripple outward, creating a profound impact. Together, we can preserve the beauty that inspires us, ensuring it remains for generations to come.

So, step outside. Breathe in the fresh air, feel the warmth of the sun, and listen to the melody of the earth. Let nature’s beauty fill your heart and inspire you to protect it. Because when we cherish what sustains us, we not only nurture the world—we nurture ourselves.