Saturday, 7 December 2024

Keenakan Ikan Semah




Bagi penduduk di Baram, ikan semah bukan sekadar hidangan biasa, tetapi simbol keistimewaan dan kekayaan rasa yang sukar ditandingi. Sebagai salah satu spesies ikan air tawar yang terkenal, ikan semah sering dianggap "permata sungai" kerana rasanya yang luar biasa dan teksturnya yang lembut.

Ikan semah biasanya hidup di sungai-sungai yang jernih dan berarus deras, menjadikan dagingnya segar dan berkualiti tinggi. Setiap kali bercuti di kampung, abang saya Morris sering ke sungai untuk menangkap ikan semah terutamanya masa musim kemarau. Orangnya sangat hebat kalau menjala ikan atau memasang pukat. Lubuk-lubuk ikan sudah dikenalinya. 😄😄

Ikan ini tidak perlu dimasak dengan cara yang rumit untuk menonjolkan kehebatannya. Kaedah tradisional seperti memanggang di atas bara api atau memasak dalam sup yang ringkas sudah cukup untuk mengeluarkan rasa manis asli dagingnya. Kami pasti berebut untuk makan kepalanya.

Namun, keenakan ikan semah juga menjadikannya semakin jarang ditemui. Dengan perubahan alam sekitar dan penangkapan berlebihan, populasi ikan semah semakin berkurangan.

Bagaimana dengan anda? Pernahkah anda menikmati keenakan ikan semah, atau mempunyai kenangan menangkapnya bersama keluarga?

No comments:

Post a Comment