Showing posts with label nature. Show all posts
Showing posts with label nature. Show all posts

Thursday, 18 September 2025

Leket: Ikan Sungai Kecil



Bagi sesiapa yang membesar di tepi sungai, terutama di kawasan pedalaman, nama ikan leket pasti tidak asing lagi. Walaupun saiznya kecil, ikan ini penuh dengan cerita dan makna. Bagi kami di Sungai Akah, leket bukan sekadar ikan tetapi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak.

Leket mempunyai bentuk badan yang pelik tapi menarik. Kepalanya leper, badannya tirus, dan siripnya besar serta melebar seakan-akan penyedut. Dengan kelebihan ini, leket mampu melekat kuat pada batu walaupun air sungai deras. Warnanya pula coklat gelap dengan corak samar menjadikannya pandai menyamar di celah batu.

Kenangan paling indah ialah ketika musim kemarau. Air sungai menjadi cetek dan jernih, batu-batu di jeram jelas kelihatan. Inilah masa yang kami tunggu-tunggu untuk menangkap leket beramai-ramai.

Bersama kawan-kawan sekampung, kami membawa tangguk atau dalam bahasa Kenyah disebut sikep. Kami akan menyusuri jeram, mengangkat batu-batu kecil, lalu menahan sikep. Biasanya beberapa ekor leket akan terperangkap. Walaupun kecil, perasaan puas dan seronok ketika berjaya menangkapnya memang tiada tandingan.

Leket yang terkumpul boleh digoreng garing atau dimasak dengan garam dalam daun. Rasanya manis dan lembut, ciri khas ikan sungai asli. Kadang-kadang, hasil tangkapan tidak banyak tapi cukup untuk jadi lauk makan bersama keluarga.

Dalam Sains, ikan leket dikaitkan dengan kumpulan goby (Gobiidae) atau loach (Balitoridae) iaitu ikan kecil yang hidup di sungai berbatu dan berarus deras. Yang menariknya, ikan ini dianggap bioindikator atau penunjuk kesihatan sungai.

Leket hanya hidup di air yang jernih, sejuk, dan kaya oksigen. Ia sangat sensitif terhadap pencemaran. jika sungai mula tercemar atau berlumpur, populasi leket akan cepat berkurangan. Kehadiran banyak ikan leket di sesuatu kawasan menandakan sungai tersebut masih bersih dan ekosistemnya sihat. Jadi, setiap kali kami menjumpai ikan leket, itu bukan sahaja rezeki untuk dijadikan lauk tetapi juga petanda bahawa sungai kami masih hidup dan masih terjaga.

Hari ini, mungkin tidak ramai lagi generasi muda yang mengenali ikan leket. 
Bila dikenang kembali, rasa rindu dengan kenangan zaman kecil-kecil dulu menerpa kembali. Seronoknya memang sesuatu yang tidak dapat diganti.

 

Monday, 8 September 2025

Sungai Akah Mengganas Lagi



7 September 2025, Sungai Akah sekali lagi mengganas. Malam itu, hujan turun dengan lebat tanpa henti. Deruan arus bagaikan suara marah alam yang tak mampu ditahan. Abang dan kakak terpaksa bersengkang mata menjaga perahu, takut hanyut dibawa arus deras.

Bukan Sungai Akah sahaja, sungai kecil Keluan di belakang rumah pun ikut membesar. Keluarga ketika itu risaukan ternakan ayam dan babi yang seolah mengerti bahaya yang sedang mengintai.

Saat fajar menyinsing, air mulai surut, meninggalkan luka di tebing. Batang kayu besar terdampar, meja tempat kami selalu berkumpul di tepi sungai sudah lenyap dan perahu pula tersadai jauh dari tempat asalnya.

Keadaan ini mengingatkan kami kepada peristiwa banjir besar pada tahun 2004, ketika air sungai benar-benar menenggelami halaman rumah. Banyak perahu yang hanyut, sawah dan huma ditenggelami air dan harta benda penduduk dibawa arus yang deras.

Peristiwa seperti ini mengingatkan kita bahawa sungai bukan sekadar aliran air, tetapi kuasa alam yang mampu memberi rezeki dan dalam sekelip mata meragut ketenangan. Namun, kesyukuran tidak lupa dipanjat kerana semuanya berada dalam keadaan yang selamat.


 

Sunday, 24 August 2025

Cendawan Buah: Rezeki Hutan Semasa Musim Hujan

 



Setiap kali selepas musim hujan, saya teringat kenangan zaman kecil di kampung. Waktu itu, orang tua-tua selalu berpesan: “Kalau tanah sudah lembap dan daun gugur banyak, nanti cendawan buah akan keluar.”

Benar kata mereka. Pagi-pagi, saya ikut ibu berjalan ke kebun durian di tepi rumah. Dari jauh, nampak tompokan kecil berwarna menyembul di celah daun kering. Hati pun jadi girang. Tandanya rezeki hutan sudah datang.

Mengutip cendawan ini bukan kerja yang mudah tetapi ianya sangat menyeronokkan. Kena hati-hati supaya batangnya tidak patah, dan pilih yang segar. Kadang-kadang tangan kotor dengan tanah tetapi keseronokan itu lebih daripada segalanya.

Balik ke rumah, cendawan ini dimasak ringkas saja. Ada kalanya ibu menumis dengan bawang dan sedikit ikan bilis, ada juga yang dimasak kuah terjun saja dengan sedikit garam. Rasanya lembut, manis dan punya aroma hutan yang sukar digambarkan. Makan dengan nasi panas-panas memang terasa nikmatnya.

Apabila membeli cendawan buah ini dari penduduk kampung tadi, memori semasa zaman kanak-kanak tiba-tiba menerpa kembali. Ia mengingatkan saya tentang kehidupan kampung yang sederhana, tentang bagaimana alam selalu memberi rezeki kepada mereka yang tahu menghargainya.


Wednesday, 13 August 2025

Musim Kemarau Tiga Bulan: Cabaran & Keindahan yang Tersembunyi

 


Tiga bulan sudah kampung kami disinari matahari tanpa henti. Langit membiru tanpa awan seolah-olah enggan menurunkan setitik hujan pun. Setiap hari, tanah merekah semakin dalam, rumput bertukar kekuningan dan sungai yang dulu deras kini sekadar beralun kecil.

Musim kemarau membawa dugaan yang tidak kecil. Setiap hari, matahari muncul awal dan pergi lewat. Panasnya bukan sekadar di kulit tapi terasa sampai ke dalam tulang. Sumber air semakin berkurang memaksa kami berjimat setiap titis. Petani terpaksa menangguh penanaman padi walaupun huma sudah berjaya dibakar. Kebun sayur perlu disiram dengan air simpanan yang sedikit. Panas yang membahang membuatkan kerja luar rumah menjadi lebih cepat meletihkan. Anak-anak tidak lagi bermain lama di halaman. Mereka mencari teduhan di bawah rumah, mengipas diri dengan apa sahaja yang ada.

Namun di sebalik semua cabaran itu, musim kemarau juga menghadirkan keindahan yang tersendiri. Air sungai yang menjadi cetek membuat ikan-ikan semakin jinak. Mereka berenang perlahan di celah batu, seolah-olah tidak takut pada manusia. Batu-batu di dasar sungai kini berwarna hijau, diselaputi lumut yang licin dan berkilau di bawah cahaya matahari. Anak-anak sangat teruja kerana dapat berenang hingga ke seberang sungai. Berendam berjam-jam pun tidak diendah kerana air yang menyejukkan badan ketika panas terik.

Matahari terbenam kelihatan lebih memukau. Langit diwarnai jingga, merah dan ungu yang berlapis-lapis. Malam pula membawa bintang yang lebih jelas, seolah-olah taburan berlian di hamparan gelap. Udara yang kering membuat bunyi malam kedengaran lebih jernih dengan bunyi unggas, dan desir angin yang perlahan di celah daun kering.

Dari sini kami belajar bahawa kemarau bukan sekadar tentang kekurangan air tetapi tentang kesabaran dan kemampuan mencari keindahan walau dalam keadaan yang mencabar. Seperti kata pepatah lama, “Setiap musim, walau sekeras mana, tetap ada hadiah yang dibawanya.”


Thursday, 12 June 2025

Bermalam di Jiam Senuring: Menanti Ikan Bertelur



Pernahkah kamu tidur di tepi sungai, hanya beralaskan tikar dan berselimut bintang? (Walaupun kenyataannya malam itu kami berselimutkan selimut kerana kesejukan) Malam itu, kami nekad untuk bermalam di Jiam Senuring, di atas hamparan batu karangan yang sejuk dek air sungai yang tak pernah jemu mengalir.

Kami bukan sekadar bermalam atau mahu 'healing'. Tujuan kami lebih istimewa iaitu mahu menyaksikan sendiri detik ikan bertelur. Kata orang tua, bila musim tiba terutamanya waktu kemarau, ikan akan naik ke kawasan berbatu cetek seperti di Jiam Senuring untuk melepaskan benih. Dan malam itu, kami pun bersedia dengan tikar, bantal, selimut semua dibawa, seolah-olah mahu lena di bilik hotel lima bintang, cuma kali ini silingnya langit terbuka luas.

Suhu malam mula jatuh. Angin dari celah batu menyelinap masuk ke dalam selimut. Kami duduk rapat-rapat di sisi unggun api yang kecil untuk memecah dingin malam sambil mendengar irama alam. Jeram yang tak berhenti mengalir deras, unggas yang sesekali menyahut entah dari ceruk mana. Suasananya sunyi, tapi tidak kosong.

Perut mula berlagu, dan seperti biasalah, menu istimewa ekspedisi kami, maggi! Dimasak perlahan-lahan dalam periuk kecil, kuahnya panas, rasanya luar biasa. Mungkin kerana perut lapar. Atau mungkin kerana makan di tengah alam ciptaan Tuhan ini memang beri rasa lain.

Kami tunggu. Mata tajam memerhati gerak air. Tapi malam itu, rezeki belum menyebelahi kami. Tiada seekor ikan pun muncul untuk bertelur. Sunyi tetap sunyi. Tapi, tiada rasa kecewa.

Kerana hakikatnya, malam itu bukan sekadar tentang ikan. Tetapi keseronokan tidur di atas batu, memasak dengan unggun api, dan merasa malam yang sebenar. Tanpa bunyi enjin, tanpa lampu jalan. Hanya cahaya bulan dan bunyi alam menjadi teman.

Kami mungkin pulang tanpa cerita tentang ikan bertelur. Tapi kami bawa pulang satu kisah yang jauh lebih mahal iaitu kisah tentang malam yang sunyi, damai dan penuh rasa syukur. 😃🥰🥰




 

Wednesday, 14 May 2025

Under The Stars of Naa Buat

 




Last March, Naa Buat welcomed a group of visitors who came to experience camping in the heart of nature. Tents were set up on the riverbed stones with a backdrop of a crystal-clear river flowing gently, truly a scene that calms the soul.

The night came alive with a glowing campfire and a sky full of stars. While preparing simple meals, the atmosphere was made even more cheerful with shared stories, laughter, and the warmth of togetherness. Moments like these awaken a deep longing for peace and nature. The sound of crickets added a beautiful touch to the night, like a soothing background melody. After a full day of activity, everyone fell into a deep sleep, lulled by exhaustion and the cool air.

The next morning, Naa Buat was blanketed in mist and thick dew, creating a chilly and refreshing ambiance. But the cold didn’t stop the visitors from diving into the river. The icy water was no longer a concern. This was a chance to swim and soak to their heart’s content, especially in such clean, unpolluted water. It’s a kind of joy that’s hard to find in the city.

After a satisfying swim, it was time to fill hungry stomachs. Though the food was simple, it felt incredibly fulfilling. Perhaps it was not just the food, but the deep sense of contentment from enjoying the beauty of God’s creation.

May beautiful places like Naa Buat remain preserved, so that future generations can also experience the serenity and wonders of nature.

Tuesday, 8 April 2025

Asap di Dapur, Kenangan di Hati: Ikan Salai



Kalau ada bau yang boleh buat hidung tiba-tiba kembang dan perut terus lapar walaupun baru lepas makan, bau ikan salai lah tu. Asapnya bukan main, sampai jiran tiga rumah pun tahu kita tengah ‘menyalai’. Tapi entah kenapa, makin berasap dapur, makin bahagia hati. Ikan salai ni bukan sekadar lauk—dia cerita, dia kenangan.

Aku masih ingat masa kecil, musim cuti sekolah lah waktu paling ditunggu. Tambah lagi musim kemarau, ngam-ngam musim ikan bertelur. Bukan sebab tak payah bangun awal, tapi sebab masa tu lah mendiang bapa selalu dapat banyak ikan dan kami akan ramai-ramai menyalai ikan. 

Ikan apa paling sedap disalai? Lain orang lain selera, tapi bagi aku—ikan lais, ikan sebarau, dan paling power sekali: ikan semah. Lemak dia tu bila disalai, boleh buat orang lupa diet. Ada juga orang suka ikan lampam salai. Dimakan begitu saja dengan nasi bungkus, boleh bertambah nasi.

Biasanya, untuk buat ikan salai, pastikan ikan dibersih terlebih dahulu. Kemudian, dibubuh garam dan dibungkus dengan daun yang kami panggil 'daun kanan'. Kemudian, daun berisi ikan akan diikat. Ikan jangan letak terus atas api, nanti hangit luar mentah dalam. Kita nak salai, bukan bakar! Perlukan kesabaran yang panjang dengan memastikan api tidak marak. Cukup dengan haba dan asap saja.

Sekarang ikan salai dah naik taraf. Orang jual dalam plastik vakum, letak branding, ada yang pos ke KL, JB, sampai ke Singapura. Tapi bagi aku, ikan salai paling sedap tetap yang kita salai sendiri, dengan asap yang hinggap kat baju dan rambut. Rasanya lain, sebab ada rasa penat, rasa sabar, dan paling penting—rasa kenangan.

Ikan salai bukan sekadar lauk. Dia bawa cerita—tentang keluarga, kampung, dan dapur berasap yang dulu kita rasa leceh, tapi sekarang kita rindu. Kalau ada masa, cubalah salai sendiri. Tak jadi pun takpa, yang penting bau asap tu… cukup dah buat kita balik ke zaman kanak-kanak. 😂😂

Tuesday, 1 April 2025

Jala, Sungai, dan Kenangan

 



Matahari masih malu-malu muncul di ufuk timur ketika kami sudah bersiap-siap masuk ke dalam perahu. Embun pagi masih melekat di daun-daun, dan udara dingin membelai wajah kami. Ayah, seperti biasa, sudah mengikat jala di bahunya, sementara ibu sibuk mengemas bekal yang akan kami bawa. Aku dan adik-adikku melompat-lompat kegirangan, tidak sabar menunggu saat untuk melihat jala dilabuhkan ke air.

Sungai itu bukan sekadar tempat mencari rezeki, tetapi juga medan kenangan yang tak akan luput dari ingatan. Setiap kali kami ke sini, ayah akan bercerita tentang bagaimana dia belajar menjala daripada datuk kami, yang katanya, memiliki ‘tangan emas’—sekali jala dilepaskan, pasti ada hasilnya. Aku selalu berharap suatu hari nanti, aku juga akan mewarisi kehebatan itu.

Ayah turun perlahan ke gigi air, mengamati arus sungai sebelum melemparkan jala dengan penuh gaya. Bunyi ‘plup’ ketika jala menyentuh permukaan air membuat kami semua terpaku. Beberapa saat menunggu terasa begitu mendebarkan. Bila jala ditarik semula, kami semua bersorak—ada beberapa ekor ikan yang terperangkap! Wajah ayah berseri-seri, dan ibu pun tersenyum puas.

Selepas beberapa kali melabuhkan jala, kami berhenti sebentar untuk menikmati bekal yang ibu bawa—nasi bungkus dengan sambal ikan bilis yang pedas menyengat. Makan beramai-ramai di tepi sungai, ditemani bunyi gemericik air dan kicauan burung, adalah saat yang paling membahagiakan.

Petang itu, sebelum pulang, ayah mengajarku cara melempar jala. Aku mencuba berkali-kali, tetapi jalaku tidak pernah terbuka dengan sempurna. Ayah hanya ketawa dan menepuk bahuku. "Jangan risau, nak. Kemahiran ni datang dengan masa," katanya. Kata-kata itu masih terngiang di telingaku hingga kini.

Hari ini, setiap kali aku pulang ke kampung dan melihat sungai itu, kenangan lama kembali mengusik hati. Ayah sudah tiada, dan kami tidak lagi kerap turun menjala seperti dulu. Hanya abangku yang masih gagah turun ke sungai. Tetapi dalam ingatan, detik-detik indah bersama ayah itu tetap segar, seolah-olah baru semalam kami bergelak tawa di tepi sungai. Rasa rindu yang kuat bertandang di hati. Andai masa itu dapat diputar kembali. Namun, semuanya hanya mimpi. Hidup ini harus terus ditempuhi. Dalam hati, aku berjanji, akan mencipta banyak memori bersama anak-anakku, agar suatu hari nanti, mereka juga merindui ku seperti aku merindui ayahku. 

Thursday, 6 March 2025

Naa Buat: The Perfect Destination for a Unique Nature Experience



Far from the hustle and bustle of the city, Naa Buat is the perfect destination for nature lovers and those seeking outdoor activities. With its clear rivers and lush forests, every time we return to Naa Buat, excitement awaits. Our days are filled with various engaging activities, making every moment truly meaningful. The atmosphere is lively, and the enthusiasm never fades. Everyone is sure to be captivated by its charm!

1. Camping in the Heart of Nature

Experience sleeping under the stars with refreshing fresh air. The serene surroundings, free from noise pollution, make camping at Naa Buat a truly special experience. We usually choose to camp by the river for a more challenging adventure. There's nothing more soothing than being surrounded by untouched nature.

2. Exciting Team Building Activities

Team building activities are a fantastic way to strengthen bonds, boost teamwork, and create unforgettable memories. Whether it's thrilling outdoor challenges, problem-solving games, or fun icebreakers, each activity fosters cooperation and camaraderie. The best team-building experiences are not just about winning but about growing together.

3. Fishing in Clear Waters

For fishing enthusiasts, Naa Buat offers an enjoyable fishing experience with fresh catches such as baung, kelah, and lampam. It’s not only a relaxing activity but also satisfying when you get to enjoy your own catch.

4. Campfire Sessions: Meaningful Moments Together

Campfire sessions are the best time to share stories, sing together, or simply enjoy the warmth of the fire under the night sky. The peaceful atmosphere and being surrounded by friends or family make this a truly memorable moment.

5. BBQ with Fresh Catch

Enjoy the catch from your fishing trip by grilling it over the fire. The BBQ session at Naa Buat is not just about eating but also about strengthening relationships while savoring fresh and delicious food.

6. Boating Along the River

For those who love exploration, boating on the river offers an extraordinary experience. With challenging currents, it provides a unique thrill while taking in the beauty of the surroundings.

7. Picnic by the Riverside

Relax with family and friends by having a picnic by the river. With fresh air, the sound of flowing water, and delicious food, this activity makes your getaway even more enjoyable.

8. Swimming in the River

Feel the refreshing waters of the clear river with a fun swimming session. It's the best way to cool down after a day of outdoor activities.

9. Survival Camp: Test Your Endurance

For those who love a challenge, the survival camp at Naa Buat teaches essential wilderness survival skills. From making fire to building a shelter, this experience is truly valuable.

10. Appreciating the Beauty of Nature

For nature lovers, Naa Buat is the best place to appreciate the beauty of preserved flora and fauna. Nature is a masterpiece, offering breathtaking landscapes, soothing sounds, and a sense of peace that no man-made creation can match. From towering mountains to serene rivers, every element of nature reminds us of its beauty and power. Don’t forget to bring your camera to capture these breathtaking moments!

11. Experiencing the Rice Process

A unique experience you can try at Naa Buat is learning about and participating in the rice process from start to finish. This activity offers a deeper understanding of the local community’s way of life.

12. Jungle Trekking: A Forest Adventure

For adventure seekers, jungle trekking at Naa Buat will be a fulfilling experience. Challenging trails with stunning views make every step worthwhile.


Naa Buat is the ultimate getaway for us seeking to escape the hustle and bustle of the city and reconnect with nature’s breathtaking beauty. With a wide range of exciting activities, from serene nature walks to thrilling outdoor adventures, this hidden gem guarantees an unforgettable experience. So, are you ready to embark on a journey with us and create beautiful memories at Naa Buat? 😊😊

 

Wednesday, 5 March 2025

Nikmati Hasil Alam: Sayur-Sayuran Segar yang Boleh Ditemui di Kampung


Apakah salah satu bahagian terbaik hidup di kampung? Semestinya, kekayaan sayur-sayuran segar yang boleh dipetik terus dari kebun atau ladang. Sama ada di tanam sendiri atau tumbuh liar, apabila sayur-sayuran tersebut dituai atau dipetik, seperti ada satu perasaan yang sangat memuaskan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata melihat hasilnya.

Di kebanyakan kampung, pelbagai jenis sayur sangat mudah didapati seperti pucuk paku, daun ubi dan cendawan. Sayur ni tumbuh liar di tepi sungai atau di ladang dan menjadi kegemaran ramai. Pucuk paku kalau ditumis belacan, memang mantap sekali. Daun ubi pula kalau dicampur dengan kulit 🐷, boleh tambah nasi berpinggan-pinggan. Cendawan biasanya emak saya masak 'lerek' (bubur). Cendawan ditumbuk dahulu sehingga halus yang membuat aromanya sangat wangi.

Selain itu, ada juga sayur-sayuran yang ditanam sendiri seperti terung asam, sawi, timun dan banyak lagi. Terung asam antara sayur yang sangat digemari kerana rasanya yang masam. Dibuat sup dengan ikan atau ayam, memang sangat menyelerakan. Sawi kampung juga tiada kalah sedapnya. Saya teringat saja, memang meleleh air liur. 😂

Semua sayur-sayur ini bukan saja dapat diperolehi dengan mudah dan percuma, tetapi juga sangat segar dan menyihatkan kerana bebas dari racun. 

Jika anda belum mengalami pengalaman memetik sayur-sayuran seperti ini, pastikan untuk berjalan-jalan melalui kebun, ladang atau hutan di kampung . Anda akan kagum dengan pelbagai sayur-sayuran segar yang menunggu untuk dipetik. Dan siapa tahu? Mungkin anda juga akan mencipta kenangan anda sendiri dengan tangan yang kotor dengan lumpur, kegembiraan memetik hasil tuaian, dan kepuasan menikmati hidangan yang benar-benar dari ladang ke meja. 🥰

 

Wednesday, 19 February 2025

Bunut: A Must-Visit Picnic Spot




Spending a day at Bunut for a picnic was one of the most refreshing and joyful moment.  Surrounded by the beauty of nature, with the sound of rustling leaves and the gentle flow of the river, it was the perfect escape from the everyday routine. If you’re looking for the perfect place to unwind and enjoy nature, Bunut is a must-visit for a picnic.

We started our day early, packing delicious homemade food—rice wrapped in leaves, fresh fruits, 'ayam kampung' and of course, snacks. With baskets full and spirits high, we made our way to Bunut by long boat. It takes less than 10 minutes from Naa Buat. 

Located by a crystal-clear river and surrounded by lush greenery, Bunut provides the ideal setting for a relaxing day out. Whether you prefer sitting under the shade of tall trees, enjoying a BBQ by the riverbank, or taking a refreshing dip in the cool waters, this place has something for everyone.

Upon arrival, we found the perfect spot near the riverbank. The tall trees provided shade, and the cool breeze made everything feel even more relaxing. We laid out mats for sitting. Some of us immediately started setting up a BBQ pit, while the children ran excitedly towards the river for a swim.

No picnic at Bunut is complete without a delicious meal. Grilling fresh fish, enjoying homemade dishes, and sharing snacks with loved ones make the experience even more special. There’s something about eating outdoors that makes everything taste better!

As the afternoon sun began to soften, we took a slow walk along the river, enjoying the beauty of Bunut. The water was so clear that we could see small fish swimming, and the chirping of birds added to the calming atmosphere. Before packing up, we made sure to leave the place just as we found it—clean and untouched, respecting nature’s beauty.

It was a day well spent, and as we headed home, we all agreed—Bunut would always be one of our favorite places to relax, recharge, and create wonderful memories.

If you ever have the chance, make sure to visit Bunut for a picnic. Whether it’s for a family gathering, a relaxing solo trip, or a fun day out with friends, this hidden gem is guaranteed to leave you refreshed and longing to return. 🥰🥰


 

Thursday, 13 February 2025

Buah Eksotik dari Hutan Borneo



Nah, sapa yang suka makan buah ni. Kalau dalam bahasa Leboq Lung Aka, nama buah ni 'Malei'. Orang tempatan Sarawak biasa panggil 'Engkalak'. Bahasa saintifik pula 'Litsea garciae'. Buah unik ini tumbuh liar di hutan hujan Borneo, terutama di Sarawak, Sabah, dan Kalimantan. Buah ini sering dibandingkan dengan avokado karena teksturnya yang lembut dan cara makannya yang khas. Namun, engkalak memiliki pesonanya sendiri, baik dari segi rasa maupun budaya.

Engkalak berbentuk bulat kecil, kulit merah muda atau merah keunguan kalau dah masak. Saat masih mentah, buah ini berwarna hijau dan keras. Isi buahnya berwarna putih, lembut, dan berlemak.

Engkalak memiliki cara makan yang menarik. Buah yang sudah matang direndam dalam air hangat selama beberapa minit agar teksturnya semakin lembut dan lebih enak dimakan. Setelah itu, kulitnya mudah dikupas dengan jari, dan isi buahnya boleh langsung dinikmati. Rasanya lembut dengan sedikit rasa kacang dan lemak semulajadi yang khas.

Dahulu, masa kecil, inilah sarapan wajib kami. Buah yang masih mentah akan diambil dengan ranting-rantingnya. Kemudian, mendiang bapa akan menggantung ranting-ranting tersebut di satu sudut. Keesokan paginya, buah tersebut akan bertukar warna menjadi merah muda dan diambil untuk dijadikan sarapan. Sampai ada yang nangis kerana bosan makan buah ni hari-hari. 😂😂 Sekarang, pandai rindu pula mau makan.


 

Saturday, 8 February 2025

Durian Season in the Village: A Long-Awaited Delight


Every year, when durian season arrives, the village comes alive with excitement. The unmistakable aroma of durian fills the air, the sound of fruits dropping echoes through the orchard, and the joy of gathering to enjoy this "King of Fruits" creates unforgettable memories. This year, our trip back to the village was even more special as we had the chance to enjoy fresh durians straight from the trees!

Early in the morning, we set out to the orchard, armed with baskets and gloves. The thrill of searching for freshly fallen durians made the experience even more fun.

Everyone eagerly scanned the ground for the best fruits. Whenever someone shouted, "Did you hear that? One just fell!", there was a mini race to find it first!

Some couldn’t resist and immediately opened the durians under the shade of the trees, savoring the creamy flesh right there in the orchard. Once we had gathered enough, we carried our prized collection back home to share with family and neighbors.

One of the best parts of durian season is experiencing the variety of flavors. Some durians are rich and sweet, others have a slightly bitter aftertaste, and some have a smooth, buttery texture. Everyone has their personal favorite, but all are enjoyed with gratitude.

What makes durian season truly special is enjoying it with loved ones. Sitting together on the porch, opening durians one by one, and sharing stories while savoring the fruit created priceless memories.

Of course, there were also funny moments—like playfully fighting over the best durian or teasing someone who was trying durian for the first time and got an extra bitter one! The laughter, the teasing, and the joy of togetherness made the experience even more memorable.

Durian season in the village is more than just a time to enjoy delicious fruit. It’s a time for family bonding, reconnecting with nature, and appreciating the simple joys of life. From searching for fallen durians to sharing them with loved ones, every moment is filled with warmth and happiness.

For those who haven’t been back to their village in a while, durian season is the perfect reason to return—not just for the fruit, but for the priceless family moments that come with it.



Saturday, 1 February 2025

Cabaran dan Keindahan Musim Hujan di Kampung



Musim hujan di kampung membawa dua sisi yang berbeza—di satu sudut, ia memberikan kesejukan, kesuburan, dan keindahan alam, tetapi di sisi lain, ia juga mendatangkan cabaran kepada kehidupan harian penduduk. Walaupun begitu, musim ini tetap menjadi sebahagian daripada kehidupan yang penuh dengan nostalgia dan kenangan indah.

Selepas hujan pertama turun, seluruh kawasan berubah wajah. Pokok-pokok yang layu kembali segar, sawah padi menjadi hijau subur, dan bunga-bunga liar mula berkembang. Udara terasa lebih bersih, dengan bau tanah basah yang menyegarkan. Bunyi hujan yang menitik di atas atap menjadi irama semula jadi yang menenangkan.

Musim hujan membawa kesejukan yang mendamaikan. Suasana berkabus di waktu pagi menjadikan kampung seperti dalam lukisan. Waktu ini juga sesuai untuk berkumpul di rumah, menikmati secawan kopi panas sambil berbual dengan keluarga dan jiran.

Namun, musim hujan ini turut memberi cabaran di mana jalan kampung yang tidak berturap sering kali menjadi becak dan licin. Perjalanan ke sekolah atau ke pekan menjadi lebih sukar, terutama bagi mereka yang menggunakan motosikal atau kereta. Bagi yang menggunakan perahu pula, keadaan air sungai yang besar dan deras menyukarkan perjalanan.

Di kawasan yang rendah, hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat. Sawah padi dan ladang yang terlalu banyak menerima air kadangkala mengalami kerosakan, menyebabkan petani mengalami kerugian. Hakisan tanah juga menjadi masalah, terutama di kawasan berbukit.

Bagi kami di Naa Buat, salah satu cabarannya adalah pakaian yang dibasuh tidak akan kering. Ini menyebabkan pakaian yang dijemur semakin bertimbun dan ampaian menjadi penuh. Abang saya juga terpaksa bersengkang mata setiap malam untuk memastikan perahu yang berada di pengkalan selamat dari air bah.

Musim hujan di kampung saya adalah satu perjalanan emosi yang menarik—ada saat sukar, tetapi juga ada saat indah yang sukar dilupakan. Dari bunyi rintik hujan di atap hingga pokok-pokok yang menghijau selepas hujan, semuanya menjadi sebahagian daripada kehidupan di kampung. Walau apa pun cabaran yang datang, musim ini tetap membawa seribu satu kenangan dan pelajaran berharga tentang kesabaran dan ketabahan.
 

Sunday, 5 January 2025

Christmas Celebration at Naa Buat


 

Last Christmas was truly unforgettable for our family. It marked the first time we celebrated this meaningful day at Naa Buat, and the experience was nothing short of magical. Away from the usual hustle and bustle, we decided to keep it simple yet memorable by celebrating in the heart of nature, surrounded by the serene beauty of our beloved Naa Buat.

To start, we decorated a tree to serve as our Christmas tree. It wasn’t a store-bought but a tree that my sister planted few years ago and adorned with colourful lights and decorations. The simplicity of it made it even more special—it felt authentic and deeply connected to the spirit of Naa Buat.

For our Christmas meal, we decided to make it unique by hosting a BBQ by the river. The view was spectacular, with the gentle flow of the water and the lush greenery surrounding us. We built a wooden table near the riverbank, setting it up as a communal dining area where anyone passing by could stop and join us for a meal. It was our way of sharing the joy of the season with others, even if it was just for a moment.

We didn’t stop there. To add to the festive vibe, we set up a tent near the riverbank, turning the area into a cozy retreat. The children had a wonderful time swimming in the river, their laughter echoing through the valley. We also brought along games like darts and badminton, keeping everyone entertained throughout the day.

As the sun set and the evening rolled in, the atmosphere became even more enchanting. The glow of the fire from the BBQ pit and the sound of the river created a sense of peace and togetherness that can’t be replicated. The day wasn’t just about the food or the activities—it was about being present, cherishing each other, and creating memories that will last a lifetime.

"Celebrating Christmas at Naa Buat reminded us of the beauty of simplicity and the importance of family. It wasn’t about grandeur—it was about love, laughter, and the connections we hold dear."

This first Christmas celebration at Naa Buat will forever be etched in our hearts. It was a day that reminded us of the true essence of the holiday season: gratitude, togetherness, and the joy of giving—not just gifts but time, love, and experiences.


 

Thursday, 2 January 2025

Bunga-Bunga Liar: Permata Tersembunyi di Kampung







Pagi ini, cuaca sangat sejuk sekali. Jadi, secawan kopi untuk kehangatan menjadi pilihan. Sambil menghirup kopi, saya tiba-tiba teringat akan suasana awal pagi di kampung. Seperti biasa, emak adalah orang pertama yang akan bangun. Dia akan terus ke dapur untuk menjerang air. Kemudian, memberi makan haiwan ternakan. Suasana pagi memang sudah riuh dengan bunyi ayam berkokok, babi meminta makan dan burung berkicauan. Namun, bunyi-bunyi ini tidak pernah mengganggu. Malah saya semakin nyenyak tidur. 😂

Salah satu perkara yang paling membangkitkan nostalgia ialah bunga-bunga liar yang tumbuh di sepanjang jalan dan di tanah lapang. Walaupun kecil dan sederhana, bunga-bunga liar ini adalah bahagian penting dalam landskap di kampung.

Bunga liar ini tumbuh tanpa perhatian, tanpa baja, dan tanpa tangan yang menyiram, tetapi mereka tetap mekar dengan indah. Ada yang tumbuh berkelompok, membentuk hamparan warna yang memukau, dan ada yang berdiri sendiri di antara semak-semak, seolah-olah menyatakan kekuatannya untuk hidup dalam kesendirian. Setiap satunya memiliki kecantikan yang tersendiri.

Setiap pagi, apabila kabus masih meliputi, bunga-bunga liar ini kelihatan segar, dihiasi titisan embun yang berkilauan di bawah cahaya matahari. Ada bunga dengan kelopak kuning cerah, ungu lembut, merah jambu, dan putih bersih—semuanya tumbuh tanpa penjagaan.

Di bandar, jarang sekali menemui bunga liar seperti ini. Kawasan hijau yang semakin berkurangan telah meragut kehadiran mereka. Tetapi di kampung, bunga-bunga liar tetap setia menghiasi setiap sudut, mengingatkan kita bahawa alam mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan keindahannya.

Mereka melambangkan keaslian dan kesederhanaan hidup di kampung. Kehadiran mereka seolah-olah memberi pesan bahawa keindahan sejati sering kali ada dalam perkara-perkara kecil yang sering kita abaikan.

😊 Bagaimana dengan anda? Pernahkah bunga-bunga liar di kampung memberi inspirasi atau kenangan kepada anda?

Monday, 9 December 2024

NATURE IS A GREAT TEACHER


Sungai di kampung ini bukan sekadar sumber air, tetapi juga tempat kami menghabiskan masa bersama, mencipta kenangan manis yang masih segar dalam ingatan hingga ke hari ini. Kita tidak payah mengupah orang untuk mengajar berenang tetapi kita belajar sendiri dengan penuh semangat.

Ketika musim kemarau, Sungai Akah akan menjadi jernih seperti kaca. Dari atas permukaan air, kami dapat melihat dasar sungai dengan jelas—batu-batu licin yang tersusun cantik, lumut hijau yang menari mengikut arus, dan ikan-ikan kecil berenang ke sana ke mari. Saya masih ingat betapa seronoknya mengejar ikan-ikan itu dengan tangan kosong, walaupun jarang sekali berjaya menangkapnya. 😂

Setiap petang, saya dan adik-beradik akan berlari ke sungai dengan penuh semangat. Kami sering berlumba-lumba terjun ke air, mencetuskan percikan yang besar sambil ketawa gembira. Ada kalanya, kami akan berlumba berenang untuk sampai ke seberang atau menggunakan perahu. Tapi, apabila melihat kelibat mendiang bapa, kami terus takut dan berpura-pura mandi di tempat yang cetek.

Selain bermain, mandi sungai juga menjadi saat untuk menyegarkan diri. Tidak ada yang lebih nikmat daripada merendam badan di dalam air sejuk yang mengalir perlahan, sambil mendengar bunyi burung dan desiran angin di antara pokok-pokok hutan. Rasanya seperti seluruh penat lelah hilang dibawa arus.

Ketika matahari mulai terbenam, suasana di sungai menjadi lebih damai. Kami sering duduk di atas batu besar di tepi sungai, mengeringkan badan sambil berbual dan menikmati pemandangan yang indah. Warna jingga dari langit senja terpantul di permukaan air, mencipta pemandangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Kini, setiap kali saya merindukan kampung halaman, saya selalu teringat akan sungai itu—jernihnya, sejuknya, dan suasana cerianya. Saya merasa gembira anak-anak serta anak buah saya masih dapat merasakan tempat dan suasana seperti ini. Setiap tahun, mereka pasti tidak sabar menunggu cuti sekolah untuk balik ke kampung dengan tujuan utama iaitu mandi di sungai. Seperti saya dan adik-beradik, anak-anak dan anak buah saya semuanya belajar berenang di Sungai Akah. 😊😊

Sunday, 8 December 2024

Kehangatan Campfire Bersama Keluarga

 






Pengalaman campfire bersama keluarga merupakan saat yang paling dirindui. Rindu dan bahagia. Duduk mengelilingi api unggun di tengah malam yang sejuk, bersama keluarga tersayang, adalah salah satu pengalaman yang paling indah dan bermakna dalam hidup saya.

Saya masih boleh membayangkan bunyi kayu berderak perlahan ketika api menyala. Cahaya jingga dari api unggun menerangi wajah-wajah kami, mencipta suasana yang begitu hangat dan mesra. Di saat itu, semua perbezaan dan kesibukan dunia luar terasa jauh. Hanya ada keakraban, tawa, dan cerita yang menghidupkan malam.

Biasanya, campfire kami diadakan di tepi sungai semasa musim kemarau. Sebelum api dinyalakan, semua orang akan bergotong-royong mencari kayu kering di sekitar kawasan. Kanak-kanak, termasuk saya, sering berlumba-lumba mengumpulkan ranting kecil, seolah-olah tugas itu adalah sebuah permainan yang menyeronokkan.

Ketika api sudah menyala, bermulalah saat-saat paling istimewa. Mendiang bapa akan pergi menjala ikan dan sementara menunggu dia membawa hasil, ada yang memanggang ubi di atas bara serta menjerang air untuk dibuat air kopi. aroma harumnya memenuhi udara malam. Kami kemudian memanggang ikan segar yang baru ditangkap dari sungai, menjadikan malam itu satu pesta kecil.

Namun, yang paling saya nantikan adalah sesi berkongsi cerita. Mendiang bapa sering menghidupkan suasana dengan kisah-kisah legenda tempatan, kisah lucu, atau pengalaman hidup mereka ketika muda. Sesekali, cerita seram turut diselitkan, dan kami kanak-kanak akan duduk lebih dekat dengan orang dewasa, cuba menyembunyikan rasa takut di sebalik tawa.

Selain itu, campfire juga menjadi peluang untuk bernyanyi bersama. Dengan hanya menggunakan batu atau memukul kayu sebagai irama, kami menyanyikan lagu untuk menghibur hati. Suara kami mungkin tidak sempurna, tetapi semangat kebersamaan menjadikan segalanya terasa indah.

Saat paling menyentuh ialah apabila malam semakin larut dan api mula padam. Kami akan duduk diam, menikmati bunyi alam seperti unggas malam, gemericik air sungai, atau bunyi angin yang berbisik di antara pepohonan. Saat-saat itu mengingatkan saya akan betapa indah dan damainya kehidupan yang sederhana.

"Campfire bersama keluarga bukan sekadar aktiviti, tetapi cara untuk mengukuhkan ikatan, mencipta kenangan, dan menghargai detik-detik kecil yang bermakna."

Kini, apabila mengenang campfire bersama keluarga, saya sedar bahawa detik-detik itu lebih daripada sekadar pengalaman. Ia adalah pelajaran tentang kebersamaan, kasih sayang, dan keindahan hidup yang sering kita abaikan dalam kesibukan harian.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda juga mempunyai kenangan campfire yang menghangatkan hati?



Saturday, 7 December 2024

Keenakan Ikan Semah




Bagi penduduk di Baram, ikan semah bukan sekadar hidangan biasa, tetapi simbol keistimewaan dan kekayaan rasa yang sukar ditandingi. Sebagai salah satu spesies ikan air tawar yang terkenal, ikan semah sering dianggap "permata sungai" kerana rasanya yang luar biasa dan teksturnya yang lembut.

Ikan semah biasanya hidup di sungai-sungai yang jernih dan berarus deras, menjadikan dagingnya segar dan berkualiti tinggi. Setiap kali bercuti di kampung, abang saya Morris sering ke sungai untuk menangkap ikan semah terutamanya masa musim kemarau. Orangnya sangat hebat kalau menjala ikan atau memasang pukat. Lubuk-lubuk ikan sudah dikenalinya. 😄😄

Ikan ini tidak perlu dimasak dengan cara yang rumit untuk menonjolkan kehebatannya. Kaedah tradisional seperti memanggang di atas bara api atau memasak dalam sup yang ringkas sudah cukup untuk mengeluarkan rasa manis asli dagingnya. Kami pasti berebut untuk makan kepalanya.

Namun, keenakan ikan semah juga menjadikannya semakin jarang ditemui. Dengan perubahan alam sekitar dan penangkapan berlebihan, populasi ikan semah semakin berkurangan.

Bagaimana dengan anda? Pernahkah anda menikmati keenakan ikan semah, atau mempunyai kenangan menangkapnya bersama keluarga?

Monday, 2 December 2024

Keseronokan Hidup di Kampung: Nikmat Sumber Makanan dari Alam

 

Kampung sentiasa menjadi tempat yang istimewa, di mana kehidupan terasa lebih santai dan dekat dengan alam. Bagi saya, salah satu perkara paling menyeronokkan tentang berada di kampung adalah peluang untuk merasai kesegaran makanan yang terus dari sumbernya.

Pagi-pagi lagi, suasana di kampung sudah hidup. Bunyi ayam berkokok, kicauan burung, dan hembusan angin membawa aroma sawah padi atau kebun yang baru disiram. Ini adalah pemandangan yang sentiasa membuat hati tenang. Di sini, kami tidak perlu berlari ke pasar setiap hari kerana makanan boleh terus diambil dari hasil kebun, ladang, atau sungai.

Salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan adalah memetik buah-buahan segar di kebun. Durian, mangga, rambutan—semuanya menunggu untuk dinikmati. Ketika musim ikan pula, sungai di kampung menjadi destinasi utama. Dengan jala atau pancing, kami menangkap ikan segar yang kelak akan dijadikan hidangan yang lazat.

Di dapur kampung, sumber makanan ini diolah menjadi hidangan tradisional yang penuh citarasa. Sup ikan sungai campur pakis, ulam-ulaman dengan sambal belacan, atau tumis pucuk ubi adalah antara menu kegemaran saya. Makanan ini bukan hanya mengenyangkan, tetapi juga mengingatkan tentang kasih sayang dan kebersamaan yang tercipta di meja makan.

Hidup di kampung mengajar kita untuk lebih menghargai anugerah alam. Setiap rezeki yang diperoleh, sama ada hasil bercucuk tanam, memancing, atau memburu, adalah simbol kerja keras dan kesyukuran.

"Kampung bukan sekadar tempat tinggal; ia adalah simbol kehidupan yang penuh kesederhanaan, kegembiraan, dan rasa syukur."

Apakah memori terindah anda tentang hidup di kampung? Kongsi cerita anda!