![]() |
| Suasana di ruai lepu'un Long Tap. Seronok berkumpul dan beraktiviti di ruai yang terbuka. Masa ni, adik-beradik Fr Albert Jacobse datang ke kampung. Saya masih sekolah rendah ketika ini. 😊 |
![]() |
| Suasana di bilik kami di lepuun Long Tap. Pinggan warna pink tu memang legend. Ada sehingga sekarang. Makan sama-sama merupakan tradisi hingga kini yang merapatkan lagi hubungan persaudaraan. |
Sedikit sejarah yang saya tahu berkaitan lepu'un Long Tap. 😊Pada tahun 1969, penduduk Long Tap memutuskan untuk membangun semula rumah panjang di lokasi yang baru. Rumah panjang baru ini didirikan kira-kira lima puluh meter ke hulu dari tapak yang lama, dan hanya sekitar lima puluh meter dari tebing Sungai Tap. Rumah panjang baru tersebut terdiri daripada dua belas bilik.
Untuk perlindungan dan keselamatan rumah panjang, pagar dibuat mengelilingi rumah panjang menggunakan kayu belian yang telah dibelah kecil. Setiap batang kayu memiliki panjang sekitar enam kaki, membentuk pagar yang kuat dan tahan lama.
Lepu'un Long Tap sangat istimewa kerana penduduknya hidup bersama kaum Kayan dari Long Seniai. 🙆 Pada tahun 1967, penduduk kampung Long Seniai, yang merupakan kaum Kayan, membuat keputusan untuk berpindah dan mencari tempat baru di kawasan Sungai Tinjar. Dalam perjalanan mereka menuruni Sungai Aka, mereka singgah di Long Tap dan tinggal sementara di sana selama tiga tahun, dari 1967 hingga 1969.
Pada tahun 1969 semasa mendirikan rumah panjang yang baharu, penduduk dari Long Seniai, yang selama ini telah berkampung di Long Tap, memutuskan untuk berpindah ke kawasan Sungai Tinjar. Mereka berpindah ke beberapa tempat seperti Long Teran, Long Sepiling, dan Long Maro di Sungai Tinjar. Namun, tujuh buah pintu (keluarga) masih kekal di Long Tap dan mendirikan rumah baru mereka di sebelah hilir rumah panjang asal orang Long Tap.
Betulkan saya kalau salah. 😊



No comments:
Post a Comment