Wednesday, 5 March 2025

Sejarah Penempatan Leboq Atung Aka

 


Rekod sejarah penempatan Leboq Atung Aka ini telah dicatat oleh mendiang Ja’a Avan Kalang Sing pada tahun 1988. 

Antara catatan beliau:

" Ini sarita orang tua dulu. Mola-mola orang nama Long Akah dulu-dulu sapai sikarang ini karana asan orang nama Long Aka tida pidah sungai lain. Memang dia orang edup dalam sungai Aka saja dari ninik dari jaman-jaman dulu..."

Menurut cerita beliau, orang asal Leboq Atung Aka ini tidak berpindah randah pergi ke sungai lain malah mereka memang sudah hidup di Sungai Aka (Kenyah) / Akah (Kayan) sejak turun temurun dari nenek moyang mereka hingga ke hari ini. Mengikut cerita nenek moyang Leboq Atung Aka, nama Long Aka belum lagi wujud semasa mereka baru menemui anak sungai tersebut. Kemudian, terjadilah peristiwa mereka menyeberangi akar besar dan terjumpa rusa (payau). 

Kemudian, cerita-cerita ini diturunkan kepada anak-anak, cucu dan cicit beliau. Cerita-cerita dan sejarah ini termasuk sejarah tanah di Naa Buat telah dikumpulkan oleh kami adik-beradik sebagai usaha untuk menggali, merungkai, dan menghidupkan kembali kisah-kisah yang mungkin terlupakan, tetapi sangat penting dalam membentuk identiti kami. Semoga cerita-cerita ini dapat menjadi panduan yang bermanfaat dalam memahami dan menghargai warisan yang telah diwariskan.


No comments:

Post a Comment