Tuesday, 28 January 2025

Kembali ke Naa Buat: Percutian yang Tak Dilupakan

Kembali ke Naa Buat: Percutian yang Tak Dilupakan


Setiap tahun, apabila cuti sekolah tiba, Naa Buat pasti menjadi tempat percutian utama kami sekeluarga. Bukan hanya kerana persekitarannya yang tenang, tetapi juga kerana ikatan yang saya rasa dengan tempat ini dan insan-insan yang sentiasa dirindui. Setelah penat bekerja dan letih dengan persekitaran di bandar, kembali ke Naa Buat adalah sesuatu yang memberikan kelegaan.


Perjalanan Pulang

Terasa ada sesuatu yang menarik tentang perjalanan pulang. Ia seperti melangkah ke dalam dunia yang berbeza. Walaupun perjalanan jauh dan memenatkan terpaksa ditempuhi, segala bebanan hidup seakan hilang. Udara terasa lebih segar dan irama hidup lebih perlahan. 

Bertemu Keluarga

Salah satu bahagian terbaik dalam cuti ini adalah peluang untuk berkumpul semula dengan keluarga. Sama ada bertemu dengan emak, adik-beradik, anak buah dan ipar. Suasana rumah sentiasa dipenuhi dengan kehangatan. Setiap orang ada cerita mereka sendiri - cerita tentang kehidupan di tempat kerja, kehidupan sekolah, pengalaman baru, atau sekadar perkara-perkara kecil yang mewarnai kehidupan seharian. Di sinilah tempat kami semua berkumpul, dengan gelak tawa, makanan sederhana yang enak, dan banyak kenangan yang tercipta.

Kesenangan Yang Sederhana

Di Naa Buat, kesenangan datang daripada perkara-perkara yang sederhana. Sama ada berjalan-jalan atas batu kerangan, memancing di tepi sungai, atau sekadar duduk berbual di bawah pokok besar — semua itu adalah peringatan bahawa kebahagiaan sering datang dalam bentuk momen-momen sederhana yang penuh makna. Cuti sebegini adalah masa untuk menghargai perkara-perkara kecil yang kita sering terlepas pandang dalam kesibukan hidup bekerja.

Pengembaraan 

Walaupun cuti adalah masa untuk berehat, ia juga adalah masa untuk pengembaraan. Sama ada meneroka tempat-tempat di sekitar Naa Buat atau mencuba hobi baru, setiap hari membawa sesuatu yang baru untuk dinanti. Cuti sebegini adalah peluang untuk melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sepanjang tahun bekerja atau sekolah — seperti membuat pizza yang sangat sedap di dalam drum bbq oleh anak buah saya Clarissa Urai. Kemudian, burger special oleh anak buah saya Noah Weng. Walaupun bahan-bahan tidak mencukupi, tapi habis licin dimakan oleh semua 'ikan pirana'. 🤣

Masa untuk Merenung dan Menyegarkan Diri

Naa Buat bukan sekadar tempat untuk melarikan diri — ia adalah tempat untuk menyegarkan diri. Setelah berminggu-minggu dengan pekerjaan dan jadual yang padat, cuti ini adalah masa untuk menenangkan fikiran dan merenung. Berada di persekitaran yang tenang memberi peluang untuk saya berfikir, merehatkan minda, dan bersedia untuk mula bekerja lagi dengan tenaga baru.

Kesimpulan

Kembali ke Naa Buat untuk bercuti lebih daripada sekadar percutian; ia adalah kepulangan kepada akar umbi saya, kepada orang-orang dan tempat yang telah membentuk diri saya. Ia adalah masa untuk berehat, menghubungkan semula dengan orang tersayang, dan menikmati kesenangan hidup yang sederhana. Kenangan yang tercipta di sini kekal bersama saya walaupun selepas cuti berakhir, dan saya selalu meninggalkan Naa Buat dengan rasa syukur atas masa yang telah diluangkan di tempat yang begitu istimewa.

Sunday, 5 January 2025

Christmas Celebration at Naa Buat


 

Last Christmas was truly unforgettable for our family. It marked the first time we celebrated this meaningful day at Naa Buat, and the experience was nothing short of magical. Away from the usual hustle and bustle, we decided to keep it simple yet memorable by celebrating in the heart of nature, surrounded by the serene beauty of our beloved Naa Buat.

To start, we decorated a tree to serve as our Christmas tree. It wasn’t a store-bought but a tree that my sister planted few years ago and adorned with colourful lights and decorations. The simplicity of it made it even more special—it felt authentic and deeply connected to the spirit of Naa Buat.

For our Christmas meal, we decided to make it unique by hosting a BBQ by the river. The view was spectacular, with the gentle flow of the water and the lush greenery surrounding us. We built a wooden table near the riverbank, setting it up as a communal dining area where anyone passing by could stop and join us for a meal. It was our way of sharing the joy of the season with others, even if it was just for a moment.

We didn’t stop there. To add to the festive vibe, we set up a tent near the riverbank, turning the area into a cozy retreat. The children had a wonderful time swimming in the river, their laughter echoing through the valley. We also brought along games like darts and badminton, keeping everyone entertained throughout the day.

As the sun set and the evening rolled in, the atmosphere became even more enchanting. The glow of the fire from the BBQ pit and the sound of the river created a sense of peace and togetherness that can’t be replicated. The day wasn’t just about the food or the activities—it was about being present, cherishing each other, and creating memories that will last a lifetime.

"Celebrating Christmas at Naa Buat reminded us of the beauty of simplicity and the importance of family. It wasn’t about grandeur—it was about love, laughter, and the connections we hold dear."

This first Christmas celebration at Naa Buat will forever be etched in our hearts. It was a day that reminded us of the true essence of the holiday season: gratitude, togetherness, and the joy of giving—not just gifts but time, love, and experiences.


 

Thursday, 2 January 2025

Kenangan Yang Tidak Akan Pudar

  

Gambar kenangan Sheriel dengan Matai Jaa Avan Kalang. Dalam belukui tu, memang ada gula-gula.


Setiap kali saya mengenang kenangan bersama mendiang Jaa Avan Kalang, hati saya dipenuhi dengan rasa rindu dan syukur. Beliau bukan sahaja seorang datuk, tetapi juga inspirasi dalam kehidupan saya. Kenangan bersamanya adalah harta yang tidak ternilai, sebuah warisan kasih yang sentiasa saya simpan dalam hati.

Saya masih ingat bagaimana 'ja'a' sering membawa saya mandi di sungai. Dengan sabar, beliau bercerita tentang setiap sudut kampung, asal-usulnya, dan kisah di sebalik nama-nama tempat di situ. Ceritanya penuh dengan kebijaksanaan, membuatkan saya menghargai sejarah keluarga kami dan tempat tinggal kami, Naa Buat.

Salah satu memori paling indah adalah waktu 'ja'a' datang dari Long Akah, dia wajib bawa keropok, roti dan gula-gula untuk cucu-cucunya. Jajan tersebut disimpan rapi di dalam 'belukui'. 

Selain itu, saya juga teringat bagaimana datuk sering mengajar kami terutama adik bongsu saya dengan lagu-lagu tradisional. Kemudian, tiap malam akan buat 'tekenak'. Beliau seorang yang tegas tetapi penuh kasih sayang. Setiap nasihat yang diberikannya sentiasa penjadi panduan bagi kami.

Kehilangannya adalah satu kehilangan besar, tetapi saya bersyukur kerana sempat merasai kasih sayangnya dan belajar banyak perkara daripadanya. Beliau telah meninggalkan legasi yang bukan sahaja terpahat dalam ingatan saya, tetapi juga adik-beradik saya yang lain. Antara lagu permainan yang kami masih ingat.


Kui Angan, Angan

Kui angan, angan

Pejulut batang tegan

Batang tegan isau

Isau bit adau

Bengian mata kedau

Petujek ayau limau

Uk nai ngayau

Ngayau ulak Lejau

Ulak Lejau Laing

Pekarah Tina Seling

Tina Seling suweu

Suweu telujeu

Telujeu kasah, kasah

Medik ivan bala

Ivan bala telang

Telang tabusan

Tabusan ut, ut

Ut parai pulut

Parai pulut timai

Kelatak laun wai

Laun wai takang

Bit buk buang

Buang mare’ iko

 

Tut Bulan Litut

Tut bulan litut

Bulan litut iking

Sa’o Semeling

Semeling lutok, lutok

Alem langit tung ngang


"Kenangan bersama 'ja'a' adalah hadiah yang terus hidup dalam hati saya, mengingatkan saya tentang kasih sayang, nilai kehidupan, dan pentingnya menghargai setiap detik bersama insan tersayang."

Apakah kenangan anda bersama orang tersayang yang telah pergi? Kongsi cerita anda—kerana setiap kenangan adalah cara kita terus menghormati mereka.


Kenangan Masa Kecil: Tarian U'doq di Rumah Panjang Long Tap

 



Kenangan masa kecil di rumah panjang Long Tap tidak lengkap tanpa menyebut tarian U'doq yang sering diadakan semasa perayaan. Tradisi ini adalah elemen penting dalam memeriahkan suasana dan mengukuhkan hubungan antara penduduk rumah panjang. Namun, tarian U'doq yang saya kenali ketika itu sudah mengalami perubahan dimana, ianya bukan lagi sebahagian daripada ritual kepercayaan lama, tetapi lebih kepada sebuah persembahan budaya yang memeriah dan menceriakan suasana kerana penduduk Long Tap sudah menganuti agama Kristian.

Semasa tarian U'doq ini, orang-orang tua akan mengenakan topeng-topeng menakutkan yang menjadi ciri khas U'doq, dan mereka akan menari dari bilik ke bilik di sepanjang rumah panjang. Irama gong dan paluan kayu tetap mengiringi langkah mereka, mencipta suasana yang penuh semangat dan kegembiraan.

Dahulu, sebelum kedatangan agama Kristian, tarian U'doq membawa makna yang lebih mendalam. Orang-orang tua sering bercerita bahawa topeng-topeng yang menyeramkan ini adalah simbolik yang mewakili roh penjaga atau makhluk mitos yang dipercayai melindungi komuniti. Gerakan tarian dan topeng ini dianggap mampu menolak bala, memohon keberkatan, dan memperkuatkan hubungan dengan nenek moyang.

Walaupun kepercayaan itu telah berubah, tarian U'doq tetap menjadi sebahagian daripada identiti budaya ketika itu. Ia mengingatkan kita tentang asal-usul dan tradisi yang pernah menjadi sebahagian besar kehidupan nenek moyang kita. 

Namun, kini semuanya sudah hilang bersama waktu yang terus berlalu. Apabila mengenang kembali masa-masa dulu, saya sedar betapa berharganya setiap kenangan tersebut. Sebagai kanak-kanak, saya merasa bertuah kerana sempat melihat tradisi tersebut secara langsung. 

Selamat membaca!






Aroma Nostalgia Dapur Kayu Naa Buat

 

Ama' di dapur Naa Buat (1997)

Ama', saya sendiri (Felicia) dan kakak Maureen Paya.

Nah...siapa yang pernah alami kehidupan begini? Mesti rindukan? 😄

Memasak di dapur kayu bersama keluarga merupakan salah satu kenangan zaman kecil yang sentiasa tersemat di hati saya. Dahulu, dapur kayulah tempat di mana bukan sahaja makanan disediakan, tetapi juga cerita, tawa, dan kasih sayang dikongsi bersama.

Saya masih boleh membayangkan bau asap kayu yang perlahan-lahan memenuhi ruang dapur setiap kali api dinyalakan. Bunyi kayu yang berderak menjadi irama yang akrab di telinga saya. Ketika itulah, kami sekeluarga berganding bahu, menyiapkan bahan-bahan masakan dengan penuh semangat. Antara resipi yang wajib ketika itu ialah lerek (bubur) ayam kampung. Kami adik-beradik pasti akan berkumpul melihat mendiang bapa menyembelih serta memotong ayam tersebut. Masing-masing sudah 'reserved' bahagian mana yang disukai. Sampai bergaduh. 😂

Memasak di dapur kayu bukan sekadar tugas harian; ia adalah satu seni. Api perlu dikawal dengan teliti—terlalu kuat, makanan akan hangus; terlalu perlahan, masakan akan mengambil masa yang lama. Saya sering melihat kakak, emak dan mendiang bapa saya begitu mahir menyusun kayu dan meniup bara sehingga nyala apinya sempurna. Kadang-kadang saya turut mencuba, tetapi selalu saja habis dengan muka dan tangan dipenuhi jelaga.

Antara momen paling indah adalah ketika kami masih makan menggunakan 'gasak' iaitu piring/talam besar. Ketika itu, tidak ada meja makan dan kerusi. Kami sama-sama duduk di lantai dan berebut menghabiskan nasi dengan bertemankan cahaya dari pelita. Sambil makan, ada saja cerita yang keluar dari mulut mendiang bapa yang membuat kami ketawa.

Hari ini, apabila saya melihat dapur moden yang lengkap dengan teknologi canggih, ada rasa rindu yang sukar digambarkan. Segala kemudahan ini memang memudahkan hidup, tetapi tidak dapat menggantikan kenangan manis dan kehangatan yang pernah saya alami di dapur kayu.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda juga merindui kenangan memasak bersama keluarga? Kenangan seperti ini mengingatkan kita bahawa kebahagiaan sebenar sering kali datang dari perkara yang sederhana dalam hidup.

Bunga-Bunga Liar: Permata Tersembunyi di Kampung







Pagi ini, cuaca sangat sejuk sekali. Jadi, secawan kopi untuk kehangatan menjadi pilihan. Sambil menghirup kopi, saya tiba-tiba teringat akan suasana awal pagi di kampung. Seperti biasa, emak adalah orang pertama yang akan bangun. Dia akan terus ke dapur untuk menjerang air. Kemudian, memberi makan haiwan ternakan. Suasana pagi memang sudah riuh dengan bunyi ayam berkokok, babi meminta makan dan burung berkicauan. Namun, bunyi-bunyi ini tidak pernah mengganggu. Malah saya semakin nyenyak tidur. 😂

Salah satu perkara yang paling membangkitkan nostalgia ialah bunga-bunga liar yang tumbuh di sepanjang jalan dan di tanah lapang. Walaupun kecil dan sederhana, bunga-bunga liar ini adalah bahagian penting dalam landskap di kampung.

Bunga liar ini tumbuh tanpa perhatian, tanpa baja, dan tanpa tangan yang menyiram, tetapi mereka tetap mekar dengan indah. Ada yang tumbuh berkelompok, membentuk hamparan warna yang memukau, dan ada yang berdiri sendiri di antara semak-semak, seolah-olah menyatakan kekuatannya untuk hidup dalam kesendirian. Setiap satunya memiliki kecantikan yang tersendiri.

Setiap pagi, apabila kabus masih meliputi, bunga-bunga liar ini kelihatan segar, dihiasi titisan embun yang berkilauan di bawah cahaya matahari. Ada bunga dengan kelopak kuning cerah, ungu lembut, merah jambu, dan putih bersih—semuanya tumbuh tanpa penjagaan.

Di bandar, jarang sekali menemui bunga liar seperti ini. Kawasan hijau yang semakin berkurangan telah meragut kehadiran mereka. Tetapi di kampung, bunga-bunga liar tetap setia menghiasi setiap sudut, mengingatkan kita bahawa alam mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan keindahannya.

Mereka melambangkan keaslian dan kesederhanaan hidup di kampung. Kehadiran mereka seolah-olah memberi pesan bahawa keindahan sejati sering kali ada dalam perkara-perkara kecil yang sering kita abaikan.

😊 Bagaimana dengan anda? Pernahkah bunga-bunga liar di kampung memberi inspirasi atau kenangan kepada anda?

Kisah Lepu'un di Long Tap

Suasana di ruai lepu'un Long Tap. Seronok berkumpul dan beraktiviti di ruai yang terbuka. Masa ni, adik-beradik Fr Albert Jacobse datang ke kampung. Saya masih sekolah rendah ketika ini. 😊  


Suasana di bilik kami di lepuun Long Tap. Pinggan warna pink tu memang legend. Ada sehingga sekarang. Makan sama-sama merupakan tradisi hingga kini yang merapatkan lagi hubungan persaudaraan.


Sedikit sejarah yang saya tahu berkaitan lepu'un Long Tap. 😊Pada tahun 1969, penduduk Long Tap memutuskan untuk membangun semula rumah panjang di lokasi yang baru. Rumah panjang baru ini didirikan kira-kira lima puluh meter ke hulu dari tapak yang lama, dan hanya sekitar lima puluh meter dari tebing Sungai Tap. Rumah panjang baru tersebut terdiri daripada dua belas bilik. 

Untuk perlindungan dan keselamatan rumah panjang, pagar dibuat mengelilingi rumah panjang menggunakan kayu belian yang telah dibelah kecil. Setiap batang kayu memiliki panjang sekitar enam kaki, membentuk pagar yang kuat dan tahan lama. 

Struktur pagar yang masih utuh walaupun bertahun telah ditinggalkan.

Lepu'un Long Tap sangat istimewa kerana penduduknya hidup bersama kaum Kayan dari Long Seniai. 🙆 Pada tahun 1967, penduduk kampung Long Seniai, yang merupakan kaum Kayan, membuat keputusan untuk berpindah dan mencari tempat baru di kawasan Sungai Tinjar. Dalam perjalanan mereka menuruni Sungai Aka, mereka singgah di Long Tap dan tinggal sementara di sana selama tiga tahun, dari 1967 hingga 1969.

Pada tahun 1969 semasa mendirikan rumah panjang yang baharu, penduduk dari Long Seniai, yang selama ini telah berkampung di Long Tap, memutuskan untuk berpindah ke kawasan Sungai Tinjar. Mereka berpindah ke beberapa tempat seperti Long Teran, Long Sepiling, dan Long Maro di Sungai Tinjar. Namun, tujuh buah pintu (keluarga) masih kekal di Long Tap dan mendirikan rumah baru mereka di sebelah hilir rumah panjang asal orang Long Tap. 

Betulkan saya kalau salah. 😊