A space for exploring ideas, sharing stories, and learning together. From personal reflections to practical tips, this blog is your companion for inspiration, growth, and meaningful discussions.
Sunday, 24 August 2025
Cendawan Buah: Rezeki Hutan Semasa Musim Hujan
Thursday, 14 August 2025
MUSIM MENUGAL: PELUH, TAWA DAN DOA BERCAMPUR MENJADI SATU
Di kampung, bunyi ayam berkokok menjadi alarm semula jadi. Pagi-pagi, kabus masih melekat di puncak bukit dan udara segar yang menyapa membuatkan semangat berkobar. Hari ini bukan hari biasa. Hari ini adalah hari menugal huma.
Bagi yang belum tahu, menugal ialah cara tradisional menanam padi bukit. Kaedah ini digunakan sejak zaman nenek moyang kami. Tiada mesin, tiada jentera moden. Hanya kayu tugal, benih padi, dan gotong-royong penduduk kampung.
Seawal subuh, kaum lelaki sudah mengasah hujung kayu tugal iaitu sebatang kayu panjang dengan hujung runcing yang digunakan untuk membuat lubang di tanah. Kaum wanita pula sibuk menimbang dan membahagi benih padi ke dalam bakul rotan. Semuanya dilakukan sambil bergurau dan ketawa. Suasana ketika ini menjadi riuh tapi penuh mesra.
Apabila matahari mula naik, barisan penugal sudah tersusun. Lelaki di hadapan menusuk tanah dengan kayu tugal, membuat lubang-lubang kecil. Kaum wanita menyusul di belakang, menjatuhkan beberapa butir benih ke setiap lubang sebelum menutupnya dengan tanah. Langkahnya berulang-ulang. Tugal, tabur, tutup.
Walaupun kelihatan mudah, menugal memerlukan tenaga dan kerjasama yang baik. Di bawah terik matahari, peluh mengalir tapi rasa penat hilang bila terdengar gurauan, nyanyian serta tawa ria mereka yang sedang kuat bekerja.
Sekitar tengah hari, kerja dihentikan sebentar. Semua berkumpul di bawah teduhan pokok besar. Hidangan nasi dengan lauk pauk tradisional seperti ikan salai, sayur pucuk ubi, sambal belacan dan air kopi kampung menjadi penguat tenaga. Makan bersama terasa seperti pesta kecil.
Di setiap lubang tanah yang ditugal, bukan hanya benih padi yang ditanam tapi juga doa agar hujan turun tepat pada masanya, tanah terus subur serta anak cucu kelak masih tahu bau tanah huma. Semoga warisan ini akan terus hidup selama hayat masih dikandung badan.
Wednesday, 13 August 2025
Musim Kemarau Tiga Bulan: Cabaran & Keindahan yang Tersembunyi
Tiga bulan sudah kampung kami disinari matahari tanpa henti. Langit membiru tanpa awan seolah-olah enggan menurunkan setitik hujan pun. Setiap hari, tanah merekah semakin dalam, rumput bertukar kekuningan dan sungai yang dulu deras kini sekadar beralun kecil.
Musim kemarau membawa dugaan yang tidak kecil. Setiap hari, matahari muncul awal dan pergi lewat. Panasnya bukan sekadar di kulit tapi terasa sampai ke dalam tulang. Sumber air semakin berkurang memaksa kami berjimat setiap titis. Petani terpaksa menangguh penanaman padi walaupun huma sudah berjaya dibakar. Kebun sayur perlu disiram dengan air simpanan yang sedikit. Panas yang membahang membuatkan kerja luar rumah menjadi lebih cepat meletihkan. Anak-anak tidak lagi bermain lama di halaman. Mereka mencari teduhan di bawah rumah, mengipas diri dengan apa sahaja yang ada.
Namun di sebalik semua cabaran itu, musim kemarau juga menghadirkan keindahan yang tersendiri. Air sungai yang menjadi cetek membuat ikan-ikan semakin jinak. Mereka berenang perlahan di celah batu, seolah-olah tidak takut pada manusia. Batu-batu di dasar sungai kini berwarna hijau, diselaputi lumut yang licin dan berkilau di bawah cahaya matahari. Anak-anak sangat teruja kerana dapat berenang hingga ke seberang sungai. Berendam berjam-jam pun tidak diendah kerana air yang menyejukkan badan ketika panas terik.
Matahari terbenam kelihatan lebih memukau. Langit diwarnai jingga, merah dan ungu yang berlapis-lapis. Malam pula membawa bintang yang lebih jelas, seolah-olah taburan berlian di hamparan gelap. Udara yang kering membuat bunyi malam kedengaran lebih jernih dengan bunyi unggas, dan desir angin yang perlahan di celah daun kering.
Dari sini kami belajar bahawa kemarau bukan sekadar tentang kekurangan air tetapi tentang kesabaran dan kemampuan mencari keindahan walau dalam keadaan yang mencabar. Seperti kata pepatah lama, “Setiap musim, walau sekeras mana, tetap ada hadiah yang dibawanya.”
Thursday, 12 June 2025
Bermalam di Jiam Senuring: Menanti Ikan Bertelur
Pernahkah kamu tidur di tepi sungai, hanya beralaskan tikar dan berselimut bintang? (Walaupun kenyataannya malam itu kami berselimutkan selimut kerana kesejukan) Malam itu, kami nekad untuk bermalam di Jiam Senuring, di atas hamparan batu karangan yang sejuk dek air sungai yang tak pernah jemu mengalir.
Kami bukan sekadar bermalam atau mahu 'healing'. Tujuan kami lebih istimewa iaitu mahu menyaksikan sendiri detik ikan bertelur. Kata orang tua, bila musim tiba terutamanya waktu kemarau, ikan akan naik ke kawasan berbatu cetek seperti di Jiam Senuring untuk melepaskan benih. Dan malam itu, kami pun bersedia dengan tikar, bantal, selimut semua dibawa, seolah-olah mahu lena di bilik hotel lima bintang, cuma kali ini silingnya langit terbuka luas.
Suhu malam mula jatuh. Angin dari celah batu menyelinap masuk ke dalam selimut. Kami duduk rapat-rapat di sisi unggun api yang kecil untuk memecah dingin malam sambil mendengar irama alam. Jeram yang tak berhenti mengalir deras, unggas yang sesekali menyahut entah dari ceruk mana. Suasananya sunyi, tapi tidak kosong.
Perut mula berlagu, dan seperti biasalah, menu istimewa ekspedisi kami, maggi! Dimasak perlahan-lahan dalam periuk kecil, kuahnya panas, rasanya luar biasa. Mungkin kerana perut lapar. Atau mungkin kerana makan di tengah alam ciptaan Tuhan ini memang beri rasa lain.
Kami tunggu. Mata tajam memerhati gerak air. Tapi malam itu, rezeki belum menyebelahi kami. Tiada seekor ikan pun muncul untuk bertelur. Sunyi tetap sunyi. Tapi, tiada rasa kecewa.
Kerana hakikatnya, malam itu bukan sekadar tentang ikan. Tetapi keseronokan tidur di atas batu, memasak dengan unggun api, dan merasa malam yang sebenar. Tanpa bunyi enjin, tanpa lampu jalan. Hanya cahaya bulan dan bunyi alam menjadi teman.
Kami mungkin pulang tanpa cerita tentang ikan bertelur. Tapi kami bawa pulang satu kisah yang jauh lebih mahal iaitu kisah tentang malam yang sunyi, damai dan penuh rasa syukur. 😃🥰🥰
Wednesday, 4 June 2025
Perkelahan Kemenangan Warga Long Sinung di Naa Buat
Seawal pagi, kawasan Naa Buat sudah dipenuhi dengan keceriaan. Kaum bapa sibuk memanggang daging dan ikan di atas bara api sambil sesekali bergurau senda dan bertukar cerita. Kaum ibu pula tidak kurang sibuknya mengatur makanan, membahagikan lauk-pauk dan memastikan semua orang mendapat bahagian masing-masing. Bau masakan yang enak menyemarakkan suasana.
Kanak-kanak seperti biasa tidak sabar-sabar menunggu. Sebaik sahaja dibenarkan, mereka berlari ke sungai dan terus terjun ke dalam air. Gelak tawa dan jeritan keseronokan bergema di sepanjang tebing sungai, menghidupkan lagi suasana yang indah itu.
Di atas batu karangan, suasana menjadi semakin meriah. Ada yang mengambil peluang untuk berkaraoke bagi menghiburkan semua yang hadir dengan nyanyian suka ria. Beberapa keluarga duduk bersantai di bawah naungan pokok, menikmati juadah sambil berbual-bual dan bergelak ketawa.
Perkelahan ini bukan sahaja untuk meraikan kemenangan tetapi juga menjadi ruang untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga Long Sinung. Dalam suasana alam yang damai, mereka berkumpul bukan sekadar untuk makan dan bersuka ria tetapi untuk menyulam kasih sayang dan mengukuhkan semangat kekeluargaan.
Wednesday, 14 May 2025
Under The Stars of Naa Buat
Last March, Naa Buat welcomed a group of visitors who came to experience camping in the heart of nature. Tents were set up on the riverbed stones with a backdrop of a crystal-clear river flowing gently, truly a scene that calms the soul.
The night came alive with a glowing campfire and a sky full of stars. While preparing simple meals, the atmosphere was made even more cheerful with shared stories, laughter, and the warmth of togetherness. Moments like these awaken a deep longing for peace and nature. The sound of crickets added a beautiful touch to the night, like a soothing background melody. After a full day of activity, everyone fell into a deep sleep, lulled by exhaustion and the cool air.
The next morning, Naa Buat was blanketed in mist and thick dew, creating a chilly and refreshing ambiance. But the cold didn’t stop the visitors from diving into the river. The icy water was no longer a concern. This was a chance to swim and soak to their heart’s content, especially in such clean, unpolluted water. It’s a kind of joy that’s hard to find in the city.
After a satisfying swim, it was time to fill hungry stomachs. Though the food was simple, it felt incredibly fulfilling. Perhaps it was not just the food, but the deep sense of contentment from enjoying the beauty of God’s creation.
May beautiful places like Naa Buat remain preserved, so that future generations can also experience the serenity and wonders of nature.
Tuesday, 8 April 2025
Asap di Dapur, Kenangan di Hati: Ikan Salai
Tuesday, 1 April 2025
Jala, Sungai, dan Kenangan
Matahari masih malu-malu muncul di ufuk timur ketika kami sudah bersiap-siap masuk ke dalam perahu. Embun pagi masih melekat di daun-daun, dan udara dingin membelai wajah kami. Ayah, seperti biasa, sudah mengikat jala di bahunya, sementara ibu sibuk mengemas bekal yang akan kami bawa. Aku dan adik-adikku melompat-lompat kegirangan, tidak sabar menunggu saat untuk melihat jala dilabuhkan ke air.
Sungai itu bukan sekadar tempat mencari rezeki, tetapi juga medan kenangan yang tak akan luput dari ingatan. Setiap kali kami ke sini, ayah akan bercerita tentang bagaimana dia belajar menjala daripada datuk kami, yang katanya, memiliki ‘tangan emas’—sekali jala dilepaskan, pasti ada hasilnya. Aku selalu berharap suatu hari nanti, aku juga akan mewarisi kehebatan itu.
Ayah turun perlahan ke gigi air, mengamati arus sungai sebelum melemparkan jala dengan penuh gaya. Bunyi ‘plup’ ketika jala menyentuh permukaan air membuat kami semua terpaku. Beberapa saat menunggu terasa begitu mendebarkan. Bila jala ditarik semula, kami semua bersorak—ada beberapa ekor ikan yang terperangkap! Wajah ayah berseri-seri, dan ibu pun tersenyum puas.
Selepas beberapa kali melabuhkan jala, kami berhenti sebentar untuk menikmati bekal yang ibu bawa—nasi bungkus dengan sambal ikan bilis yang pedas menyengat. Makan beramai-ramai di tepi sungai, ditemani bunyi gemericik air dan kicauan burung, adalah saat yang paling membahagiakan.
Petang itu, sebelum pulang, ayah mengajarku cara melempar jala. Aku mencuba berkali-kali, tetapi jalaku tidak pernah terbuka dengan sempurna. Ayah hanya ketawa dan menepuk bahuku. "Jangan risau, nak. Kemahiran ni datang dengan masa," katanya. Kata-kata itu masih terngiang di telingaku hingga kini.
Hari ini, setiap kali aku pulang ke kampung dan melihat sungai itu, kenangan lama kembali mengusik hati. Ayah sudah tiada, dan kami tidak lagi kerap turun menjala seperti dulu. Hanya abangku yang masih gagah turun ke sungai. Tetapi dalam ingatan, detik-detik indah bersama ayah itu tetap segar, seolah-olah baru semalam kami bergelak tawa di tepi sungai. Rasa rindu yang kuat bertandang di hati. Andai masa itu dapat diputar kembali. Namun, semuanya hanya mimpi. Hidup ini harus terus ditempuhi. Dalam hati, aku berjanji, akan mencipta banyak memori bersama anak-anakku, agar suatu hari nanti, mereka juga merindui ku seperti aku merindui ayahku.
Monday, 24 March 2025
How Stories Preserve Culture and Identity
Stories are more than just words; they are the threads that weave together the fabric of our identity. For generations, storytelling has been the way communities pass down history, traditions, and values. In many cultures, including my own, oral storytelling has kept our heritage alive, ensuring that the wisdom of our ancestors is not forgotten.
Stories as a Bridge Between Generations
Every tale told by our elders carries a piece of the past. These stories teach us where we come from, the struggles our people have faced, and the values that define us. When children listen to these stories, they gain a sense of belonging and pride in their heritage. Without storytelling, much of our cultural knowledge would fade away.
Keeping Traditions Alive in a Changing World
Today, modern lifestyles and technology are shifting how we interact with our traditions. While books and digital media make it easier to document our culture, the heart of storytelling lies in personal connection. When we gather around a fire, sit with elders, or share legends with the younger generation, we are not just preserving history—we are keeping our culture alive in its most authentic form.
The Power of Personal Stories
Stories do not always have to be about ancient times. Personal experiences, family histories, and community events all contribute to our identity. When we share our own stories, we strengthen our cultural roots and inspire others to do the same.
Why I Write About My People
As I work on my book about the origins and history of my people, I see the importance of capturing these stories before they are lost. By writing them down, I hope to ensure that future generations will know where they come from and feel proud of their heritage.
Let’s Keep the Stories Alive
Whether through spoken word, writing, or digital media, storytelling is a powerful tool to preserve culture. I encourage everyone to listen to the elders, document family histories, and share stories with the next generation. What stories from your culture have shaped who you are? Let’s keep them alive together.
Saturday, 15 March 2025
Libun: Pondok Tradisional Penyimpanan Padi
Dalam kehidupan masyarakat Kenyah, padi bukan sekadar tanaman makanan, tetapi juga simbol kelangsungan hidup dan warisan budaya. Oleh itu, penyimpanan padi dilakukan dengan penuh teliti, dan salah satu struktur penting dalam proses ini ialah Libun.
Libun ialah pondok khas yang digunakan untuk menyimpan padi setelah dituai. Ia dibina berasingan daripada rumah utama bagi mengelakkan risiko kebakaran dan serangan perosak. Struktur ini biasanya diperbuat daripada kayu keras bagi memastikan ketahanan terhadap cuaca.
Setelah padi diproses dan dikeringkan, ia disimpan dalam Libun untuk kegunaan sepanjang tahun. Penyimpanan ini membantu memastikan bekalan makanan mencukupi sehingga musim menuai berikutnya.
Libun dibina dengan reka bentuk yang menghalang serangga dan tikus daripada merosakkan simpanan padi. Biasanya, tiang pondok dipasang dengan pelapik khas untuk mengelakkan tikus memanjat naik.
Libun biasanya kecil tetapi kukuh, dengan reka bentuk yang bergantung kepada kawasan dan sumber bahan binaan yang tersedia. Ciri utama termasuk mempunyai tiang yang tinggi untuk mengelakkan kelembapan dari tanah dan serangan haiwan serta dinding bertutup rapat untuk menghalang hujan dan angin daripada merosakkan padi.
Dengan perubahan zaman, sebahagian masyarakat sudah mula menggunakan stor moden untuk menyimpan padi. Namun, Libun tetap memainkan peranan penting sebagai warisan budaya dan masih boleh ditemui di beberapa kampung tradisional.
Thursday, 6 March 2025
Naa Buat: The Perfect Destination for a Unique Nature Experience
Far from the hustle and bustle of the city, Naa Buat is the perfect destination for nature lovers and those seeking outdoor activities. With its clear rivers and lush forests, every time we return to Naa Buat, excitement awaits. Our days are filled with various engaging activities, making every moment truly meaningful. The atmosphere is lively, and the enthusiasm never fades. Everyone is sure to be captivated by its charm!
1. Camping in the Heart of Nature
Experience sleeping under the stars with refreshing fresh air. The serene surroundings, free from noise pollution, make camping at Naa Buat a truly special experience. We usually choose to camp by the river for a more challenging adventure. There's nothing more soothing than being surrounded by untouched nature.
2. Exciting Team Building Activities
Team building activities are a fantastic way to strengthen bonds, boost teamwork, and create unforgettable memories. Whether it's thrilling outdoor challenges, problem-solving games, or fun icebreakers, each activity fosters cooperation and camaraderie. The best team-building experiences are not just about winning but about growing together.
3. Fishing in Clear Waters
For fishing enthusiasts, Naa Buat offers an enjoyable fishing experience with fresh catches such as baung, kelah, and lampam. It’s not only a relaxing activity but also satisfying when you get to enjoy your own catch.
4. Campfire Sessions: Meaningful Moments Together
Campfire sessions are the best time to share stories, sing together, or simply enjoy the warmth of the fire under the night sky. The peaceful atmosphere and being surrounded by friends or family make this a truly memorable moment.
5. BBQ with Fresh Catch
Enjoy the catch from your fishing trip by grilling it over the fire. The BBQ session at Naa Buat is not just about eating but also about strengthening relationships while savoring fresh and delicious food.
6. Boating Along the River
For those who love exploration, boating on the river offers an extraordinary experience. With challenging currents, it provides a unique thrill while taking in the beauty of the surroundings.
7. Picnic by the Riverside
Relax with family and friends by having a picnic by the river. With fresh air, the sound of flowing water, and delicious food, this activity makes your getaway even more enjoyable.
8. Swimming in the River
Feel the refreshing waters of the clear river with a fun swimming session. It's the best way to cool down after a day of outdoor activities.
9. Survival Camp: Test Your Endurance
For those who love a challenge, the survival camp at Naa Buat teaches essential wilderness survival skills. From making fire to building a shelter, this experience is truly valuable.
10. Appreciating the Beauty of Nature
For nature lovers, Naa Buat is the best place to appreciate the beauty of preserved flora and fauna. Nature is a masterpiece, offering breathtaking landscapes, soothing sounds, and a sense of peace that no man-made creation can match. From towering mountains to serene rivers, every element of nature reminds us of its beauty and power. Don’t forget to bring your camera to capture these breathtaking moments!
11. Experiencing the Rice Process
A unique experience you can try at Naa Buat is learning about and participating in the rice process from start to finish. This activity offers a deeper understanding of the local community’s way of life.
12. Jungle Trekking: A Forest Adventure
For adventure seekers, jungle trekking at Naa Buat will be a fulfilling experience. Challenging trails with stunning views make every step worthwhile.
Naa Buat is the ultimate getaway for us seeking to escape the hustle and bustle of the city and reconnect with nature’s breathtaking beauty. With a wide range of exciting activities, from serene nature walks to thrilling outdoor adventures, this hidden gem guarantees an unforgettable experience. So, are you ready to embark on a journey with us and create beautiful memories at Naa Buat? 😊😊
Wednesday, 5 March 2025
Sejarah Penempatan Leboq Atung Aka
Rekod sejarah penempatan Leboq Atung Aka ini telah dicatat oleh mendiang Ja’a Avan Kalang Sing pada tahun 1988.
Antara catatan beliau:
" Ini sarita orang tua dulu. Mola-mola orang nama Long Akah dulu-dulu sapai sikarang ini karana asan orang nama Long Aka tida pidah sungai lain. Memang dia orang edup dalam sungai Aka saja dari ninik dari jaman-jaman dulu..."
Menurut cerita beliau, orang asal Leboq Atung Aka ini tidak berpindah randah pergi ke sungai lain malah mereka memang sudah hidup di Sungai Aka (Kenyah) / Akah (Kayan) sejak turun temurun dari nenek moyang mereka hingga ke hari ini. Mengikut cerita nenek moyang Leboq Atung Aka, nama Long Aka belum lagi wujud semasa mereka baru menemui anak sungai tersebut. Kemudian, terjadilah peristiwa mereka menyeberangi akar besar dan terjumpa rusa (payau).
Kemudian, cerita-cerita ini diturunkan kepada anak-anak, cucu dan cicit beliau. Cerita-cerita dan sejarah ini termasuk sejarah tanah di Naa Buat telah dikumpulkan oleh kami adik-beradik sebagai usaha untuk menggali, merungkai, dan menghidupkan kembali kisah-kisah yang mungkin terlupakan, tetapi sangat penting dalam membentuk identiti kami. Semoga cerita-cerita ini dapat menjadi panduan yang bermanfaat dalam memahami dan menghargai warisan yang telah diwariskan.
Nikmati Hasil Alam: Sayur-Sayuran Segar yang Boleh Ditemui di Kampung
Apakah salah satu bahagian terbaik hidup di kampung? Semestinya, kekayaan sayur-sayuran segar yang boleh dipetik terus dari kebun atau ladang. Sama ada di tanam sendiri atau tumbuh liar, apabila sayur-sayuran tersebut dituai atau dipetik, seperti ada satu perasaan yang sangat memuaskan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata melihat hasilnya.
Di kebanyakan kampung, pelbagai jenis sayur sangat mudah didapati seperti pucuk paku, daun ubi dan cendawan. Sayur ni tumbuh liar di tepi sungai atau di ladang dan menjadi kegemaran ramai. Pucuk paku kalau ditumis belacan, memang mantap sekali. Daun ubi pula kalau dicampur dengan kulit 🐷, boleh tambah nasi berpinggan-pinggan. Cendawan biasanya emak saya masak 'lerek' (bubur). Cendawan ditumbuk dahulu sehingga halus yang membuat aromanya sangat wangi.
Selain itu, ada juga sayur-sayuran yang ditanam sendiri seperti terung asam, sawi, timun dan banyak lagi. Terung asam antara sayur yang sangat digemari kerana rasanya yang masam. Dibuat sup dengan ikan atau ayam, memang sangat menyelerakan. Sawi kampung juga tiada kalah sedapnya. Saya teringat saja, memang meleleh air liur. 😂
Semua sayur-sayur ini bukan saja dapat diperolehi dengan mudah dan percuma, tetapi juga sangat segar dan menyihatkan kerana bebas dari racun.
Jika anda belum mengalami pengalaman memetik sayur-sayuran seperti ini, pastikan untuk berjalan-jalan melalui kebun, ladang atau hutan di kampung . Anda akan kagum dengan pelbagai sayur-sayuran segar yang menunggu untuk dipetik. Dan siapa tahu? Mungkin anda juga akan mencipta kenangan anda sendiri dengan tangan yang kotor dengan lumpur, kegembiraan memetik hasil tuaian, dan kepuasan menikmati hidangan yang benar-benar dari ladang ke meja. 🥰